27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berita palsu: Seorang didakwa, 5 dikompaun RM25,000 setiap satu

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima keputusan dari Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran berita palsu terkait kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat.

    MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Peguam Negara memutuskan satu kes untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang dan lima kes ditawarkan kompaun, manakala empat kes lagi diberikan surat amaran.

    Susulan itu, MCMC mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terbabit dengan nilai sebanyak RM25,000 setiap seorang.

    “Semua tindakan ini adalah hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Drama Bersatu: Rumah Muhyiddin jadi lokasi hangat malam ini?

    “Orang ramai diingatkan agar sentiasa menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah