32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel

    Shopee Sale

    Pelakon Zara Zya mendedahkan sisi gelap dunia hiburan yang pernah dilaluinya ketika sedang menempa nama di dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Zara Zya Nafi Hubungan Dengan Rakan Selebriti Retak – ‘Kelakar, Tak Bergambar Terus Cop Bermusuh’

    Artikel Berkaitan: ‘Memandu Dalam Keadaan Mabuk Adalah Pilihan Yang Mampu Meragut Nyawa’ – Zara Zya

    Pendedahan Zara

    Menerusi perkongsian di program Nona TV3, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, itu mendakwa ketika dia menghadiri ke sesi uji bakat, seorang individu telah mengambil kesempatan dengan mengajaknya untuk ke pusat karaoke.

    Bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa mama.

    Kenapa? Sebab niat mereka tak elok. Kalau saya bawa mama, macam mana mereka nak buat benda bukan-bukan pada saya. Tak masuk akal tapi itu berlaku.

    Skrip pun sudah ada tapi dia ajak pergi karaoke bukan tempat meeting. Saya terlalu percayakan orang.

    Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan didakwa telah meminta Zara untuk membuka baju ketika mereka berada di dalam bilik karaoke.

    Saya pergi tepat karaoke, tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya tak mudah panik kemudian cari alasan untuk keluar dari situ dan tak patah balik.

    Selepas itu dia cuba cari saya tetapi saya terus sekat nombor dia.

    Bukan itu sahaja, Zara juga mendakwa dia pernah diajak ke sebuah hotel oleh rakan artis, lalu terkejut selepas mengetahui terdapat beberapa orang lelaki kenamaan turut berada di situ.

    Kawan-kawan artis yang saya kenal ajak ke hotel. Saya ingatkan sekadar makan-makan, rupanya memang ada lelaki-lelaki VVIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

    Saya tak nak tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Lama juga saya cuba keluar. Situasi itu memang menakutkan.

    Dalam masa yang sama, Zara mendakwa dia juga turut diganggu oleh individu yang terlibat di dalam industri hiburan.

    Pernah ada seorang lelaki ajak berjumpa untuk sebuah projek, bila sampai rupanya dia ajak nak check in (hotel) dekat situ. Kemudian saya berbual dan terus minta diri nak pergi dari situ.

    Ada artis yang cuba menggatal dan meraba. Tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau melarikan diri.

    Dulu saya bukan sesiapa, orang nak ‘makan’ saya tapi bila di tahap sekarang ini mereka ada hormat dan berjaga-jaga.

    Walau bagaimanapun, pelakon drama Sumpah Ibuku ini memilih untuk tidak terjerumus dengan perkara tidak bermoral dan tetap mempertahankan maruah diri.

    Ada juga tawaran untuk membela, tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu.

    Walaupun ada jatuh bangun, saya tetap pilih cara yang baik.

    Sumber: Nona TV3

    MENARIK:  Ibu Aliff Aziz Membalas Tindakan ‘Unfollow’ Bella Astillah, Menggalakkan Orang Ramai Mencari Pahala Di 10 Malam Terakhir Ramadan

    The post [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah