32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Must-Have! Ini 10 Jenama Tempatan Pelengkap Rutin Harian Korang

    Shopee Sale

    Korang perasan tak, tanpa kita sedari banyak jenama dan produk tempatan sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita?

    Daripada makanan dan snek yang kita nikmati, skincare yang digunakan setiap hari, hinggalah ke keperluan period care, ada pelbagai jenama tempatan yang membantu melengkapkan keperluan seharian.

    Daripada sekadar cakap “support local”, apa kata jadikan jenama tempatan ini sebahagian daripada shopping list korang?

    🍪 Untuk Korang Yang Suka Mengunyah

    Bab makanan, memang banyak jenama tempatan yang menawarkan pilihan untuk pelbagai citarasa dan keperluan. Daripada kudapan untuk mengisi masa lapang hinggalah makanan yang boleh disimpan sebagai stok di rumah, pilihan pun semakin pelbagai.

    1. Love Earth Organic – Pilihan sihat untuk seisi keluarga

    Bermula dengan misi untuk menjadikan makanan organik lebih mudah diakses oleh keluarga Malaysia, Love Earth Organic diasaskan oleh adik-beradik Samantha dan Natasha Mah bersama Jason Leong pada 2011.

    Selepas kehilangan ibu akibat kanser, Samantha dan Natasha mula melihat bagaimana pilihan yang dibuat setiap hari, termasuk makanan di atas meja, boleh memainkan peranan dalam gaya hidup yang lebih sihat.

    Bermula dengan sebuah outlet kecil, Love Earth Organic kini berkembang dengan produknya boleh didapati di lebih 4,600 outlet di seluruh negara dan dieksport ke 14 negara.

    Selain menawarkan pilihan makanan organik, jenama ini turut memberi perhatian kepada amalan pertanian lebih mampan serta menghasilkan produk yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan.

    2. Frisha Classic Desserts– Dari resipi keluarga ke makanan ready-to-eat

    Kalau korang suka kudapan yang dibuat dengan sentuhan resipi keluarga, Frisha Classic antara jenama yang menarik untuk dikenali.

    Perniagaan keluarga ini diasaskan oleh ibu bapa Frisha pada 1990 dan terkenal dengan biskut premium, makanan bakar serta kudapan yang dibuat menggunakan bahan terpilih.

    Pada Ogos 2025, Frisha membawa perniagaan keluarga tersebut ke dunia digital dengan menyertai Shopee. Daripada jualan sekitar RM207 pada bulan pertama, jualan bulanan meningkat kepada kira-kira RM9,000 dalam tempoh empat bulan.

    Kini, Frisha Classic bukan sahaja menawarkan produk bakeri, malah turut mengembangkan rangkaian Frisha Foods dengan pilihan makanan sedia dimakan seperti Rendang Daging, Kurma Daging, Kari Daging dan Sambal Nasi Lemak.

    3. Minnifood.my – Kudapan tradisional dengan sentuhan moden

    Daripada resipi keluarga pula, Calvin Koh Teik Min menghidupkan semula resipi muruku arwah bapanya dan menjadikannya satu perniagaan kudapan.

    Menariknya, Calvin sebelum ini mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang perbankan korporat. Walaupun berdepan cabaran kewangan pada peringkat awal, beliau terus mencari peluang melalui e-dagang dan menggunakan pelbagai ciri digital untuk mengembangkan perniagaan.

    Usaha tersebut membuahkan hasil apabila jualan tahunan meningkat daripada sekitar RM12,000 kepada hampir RM300,000, manakala pesanan harian turut meningkat daripada 5–6 kepada sekitar 20 pesanan.

    Kini, rangkaian produk turut diperluaskan dengan pilihan kudapan yang lebih inovatif untuk dinikmati bila-bila masa.

    4. Tem Tem Sabah – Tempeh dengan cita rasa Borneo

    Tempeh mungkin bukan sesuatu yang asing bagi kita, tetapi TemTemSabah mengetengahkan bahan tradisional ini dalam bentuk yang lebih moden dan mudah dinikmati.

    Berpangkalan di Sabah, jenama ini menawarkan produk berasaskan tempeh seperti crispy tempeh chips dan tempeh kukus segar. Apa yang menarik, TemTemSabah turut menggabungkan elemen tempatan dalam produknya, termasuk penggunaan beras merah Tadong.

    Hasilnya, tempeh bukan sahaja boleh dinikmati sebagai hidangan, tetapi turut hadir sebagai pilihan kudapan dengan sentuhan rasa yang unik.

    5. Meet Mee – Mudahnya nikmati Pan Mee

    Bila sibuk dan masa untuk memasak agak terhad, makanan yang mudah disediakan memang boleh jadi penyelamat.

    Meet Mee Kitchen diasaskan dengan misi untuk membawa rasa mi Malaysia ke lebih banyak rumah dengan menggabungkan cita rasa tradisional dan kemudahan moden.

    Setiap produk Meet Mee diperakui HALAL serta mematuhi piawaian HACCP, sambil mengekalkan rasa Pan Mee yang dekat dengan selera tempatan.

    Dengan lebih 10 juta pek terjual dan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, Meet Mee kini menjadi antara jenama tempatan yang membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia terus ke dapur rumah.

    📚 Tambah koleksi bacaan sedia ada

    6. Karangkraf Mall – Mudahkan akses kepada bahan bacaan tempatan

    Kalau korang sedang mencari buku, bahan pendidikan atau penerbitan berkaitan ilmu dan pembelajaran, Karangkraf Mall boleh jadi antara pilihan untuk dimasukkan dalam shopping list.

    Sebagai cabang e-dagang Kumpulan Karangkraf, Karangkraf Mall membawa pengalaman lebih 45 tahun dalam bidang penerbitan ke platform digital. Diasaskan oleh Dato’ (Dr.) Hussamuddin Haji Yaacob, perniagaan ini kini diterajui oleh CEO Izzat Izhar Muhammad Nasir.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Mahu Hadiahkan Beg Jenama Mewah Kepada ‘Followers’ Bertuah, Ramai Cuba Nasib – ‘10 Minit Post, Seratus DM Masuk’

    Daripada buku dan bahan pendidikan hinggalah Al-Quran serta penerbitan Islam, Karangkraf Mall menyediakan pelbagai pilihan untuk pelanggan di seluruh Malaysia. Memanfaatkan platform e-dagang seperti Shopee, jenama ini turut membantu menjadikan karya penulis tempatan serta kandungan Malaysia lebih mudah diakses.

    🐾 Keperluan si bulus, semua ada

    7. Gun Pet Outlet – Lengkapkan keperluan haiwan peliharaan di rumah

    Bukan manusia sahaja yang mempunyai keperluan harian, si bulus di rumah pun perlu diberi perhatian. Gun Pet Outlet menawarkan pelbagai produk untuk penjagaan haiwan peliharaan, termasuk makanan, aksesori dan pasir kucing.

    Diasaskan oleh Chua Siong Chin, perniagaan ini bermula daripada keinginan untuk membina peluang pekerjaan di kampung halamannya di Gemencheh, Negeri Sembilan selepas beberapa tahun menimba pengalaman sebagai jurutera.

    Selain menjual produk daripada pengeluar yang dipercayai, Gun Pet Outlet turut membangunkan jenama sendiri, SIMBA, yang menawarkan makanan dan produk penjagaan haiwan. Dengan memanfaatkan platform dalam talian, perniagaan ini mencatatkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 50% tahun ke tahun sambil terus mengembangkan jenama dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

    ✨ Kulit wajah pun kena jaga

    Rutin harian bukan tentang apa yang kita makan sahaja. Untuk penjagaan kulit pula, semakin banyak jenama tempatan yang menghasilkan produk dengan mengambil kira masalah dan keperluan kulit yang biasa kita hadapi.

    8. Healez – Skincare yang bermula daripada masalah ‘Maskne’

    Masalah kulit akibat pemakaian pelitup muka mungkin sudah semakin jarang dibincangkan, tetapi bagi Healez, maskne menjadi titik permulaan kepada penubuhan jenama ini.

    Diasaskan oleh Edward Cheng dan Mohamad Faisal Ismail ketika pandemik COVID-19, Healez bermula dengan satu produk iaitu Acne Corrective Hydrating Serum.

    Mereka mahu menghasilkan produk yang membantu menangani masalah jerawat tanpa membuatkan kulit terasa terlalu kering atau tidak selesa.

    Daripada satu serum, Healez kini berkembang menjadi rangkaian skincare yang merangkumi penjagaan jerawat, pemulihan skin barrier dan perlindungan daripada cahaya matahari.

    9. SKINMADE – Selesaikan pelbagai isu kulit

    SKINMADE pula lahir daripada keinginan pengasasnya, Aaron Tan, untuk menghasilkan produk skincare berkualiti pada harga yang lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia.

    Sebelum membangunkan jenama sendiri, Aaron pernah menjadi pengedar produk skincare dari luar negara. Namun, harga runcit yang tinggi dan keperluan pembelian minimum yang besar mendorongnya mencari pendekatan baharu.

    Daripada situ, SKINMADE dibangunkan dengan fokus kepada formulasi yang selamat, bahan berkualiti dan produk yang menyasarkan masalah kulit tertentu.

    Dengan bantuan Shopee, jenama ini turut berjaya meluaskan capaian kepada pelanggan di seluruh Malaysia, sekali gus menjadikan skincare berkualiti lebih mudah diakses oleh komuniti tempatan.

    🩷 Keperluan yang datang setiap bulan

    Bagi wanita ada keperluan yang kita tak fikirkan setiap hari, tetapi tetap penting dalam rutin bulanan. Antaranya ialah period care yang selesa, praktikal dan sesuai dengan gaya hidup kita.

    10. Moodfree – Utamakan keselesaan semasa ‘period’

    Period care merupakan antara keperluan yang digunakan setiap bulan, jadi keselesaan sememangnya memainkan peranan penting.

    Itulah antara perkara yang cuba diketengahkan oleh Moodfree, jenama tempatan yang diasaskan oleh Oscar Yip dan Jeffrey Cheong. Produk mereka dibangunkan dengan mengambil kira cabaran yang sering dihadapi wanita Malaysia, termasuk cuaca panas dan lembap, risiko kebocoran serta rasa tidak selesa sepanjang hari.

    Daripada pad yang ringan dan mempunyai pengudaraan baik hinggalah seluar dalam haid dengan perlindungan menyeluruh, Moodfree memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu  Clean, Comfort dan Confidence.

    Jenama ini turut menjalankan inisiatif “Pads Like Tissues” untuk menjadikan produk period care lebih mudah diakses di pelbagai tempat seperti sekolah, gimnasium, kafe dan rumah kebajikan.

    Pilihan tempatan penuhi keperluan harian

    Daripada makanan dan snek, produk penjagaan diri hinggalah ke period care, jenama tempatan menawarkan pelbagai pilihan yang boleh menjadikan rutin harian lebih mudah dan praktikal.

    Menyokong jenama tempatan juga boleh bermula dengan perkara kecil. Jadi, why not sebelum add to-cart dan beli, korang cuba cari produk tempatan yang sesuai dengan keperluan harian korang?

    Nak temui lebih banyak pilihan tempatan? Jom terokai Shopee Juara Lokal dan temui pelbagai produk yang boleh melengkapkan rutin harian korang.

    The post Must-Have! Ini 10 Jenama Tempatan Pelengkap Rutin Harian Korang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah