26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Sahkan Rozita Ibrahim Sudah Kahwin Baru – ‘Mereka Nikah Secara Halal & Perlu Diraikan’

    Shopee Sale



    Rozita Ibrahim

    Desas desus akhirnya terjawab apabila anak kepada usahawan Rozita Ibrahim, Nur Ain Sufiah mengesahkan ibunya sudah berkahwin baharu.

    Sudah kahwin

    Rozita Ibrahim

    Ain berkata, pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak dan mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan itu.

    Malah, Ain meminta orang luar berhenti membuat spekulasi tidak benar dan melemparkan kata-kata tidak baik terhadap ibunya.

    Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan. Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru.

    Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mommy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang.

    Ain berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

    Kunci mulut

    bonda rozita ibrahim

    Dalam sesi sama, Ain juga memberitahu mengapa ibunya memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang penjelasan.

    Ada segelintir yang tanya mengenap bonda tak mahu beri penjelasan, sebab kalau beri akan dikecam, kalau tak beri penjelasan pun kena kecam.

    Namun, saya buat penjelasan kerana tidak mahu ada fitnah yang berlaku di luar sana.

    Dalam pada itu, Aina turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak bertanya mengenai punca perceraian ibunya dengan bekas suami.

    Punca perpisahan itu, kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami, orang luar tidak perlu tahu. Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa.

    Terdahulu, timbul dakwaan mengata Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

    MENARIK:  Video: Haliza Maysuri Memberi Wang Raya RM10k kepada Ibunya

    Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.

    Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah