32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak patut guna nama parti politik dalam soalan percubaan SPM – ahli akademik

    Shopee Sale

    Beberapa ahli akademik menyifatkan penggunaan nama parti politik seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Sejarah peringkat negeri Perlis tidak sepatutnya berlaku.

    Ahli akademik berpandangan faktor usia pelajar menjadikan ia masih terlalu awal untuk mendedahkan mereka dengan politik kepartian dalam pendidikan formal di sekolah.

    Pakar sejarah, Dr Suffian Mansor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan penggunaan nama parti politik bagi soalan peperiksaan adalah tidak sesuai.

    "Kalau peringkat SPM itu tak patut. Penting untuk memperkenal negara bangsa. Kalau menyentuh perdana menteri dari parti mana itu peringkat lebih tinggi.

    "Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pun saya rasa masih belajar asas lagi. Bagi saya soalan sebegitu sesuai di peringkat universiti bagi subjek Sains Politik atau Sejarah.

    "Bagi SPM saya rasa boleh bagi bab memperkenalkan pembentukan negara, kerjasama kaum. Sebab kalau membabitkan parti politik pelajar pun pening kepala," katanya kepada Malaysiakini.

    Soalan yang menyentuh nama parti politik digunakan bagi Program Gempur Kecemerlangan SPM Negeri Perlis anjuran bersama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perlis.

    Berdasarkan soalan kertas Sejarah yang dilihat Malaysiakini, pelajar diberikan senarai parti politik dan jumlah kerusi dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, kemudiannya diminta memberi ulasan mereka sendiri.

    ‘Tak berlaku dalam peperiksaan sebenar’

    MENARIK:  RM34 juta wang scam diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan

    Tokoh akademik, Alimuddin Mohd Dom berpendapat soalan sebegitu tidak perlu kerana sepanjang pengalamannya ia tidak akan dimasukkan dalam peperiksaan sebenar.

    Menurut bekas ketua pengarah Jabatan Pendidikan itu, soalan sebegitu sepatutnya dielakkan.

    "Dari segi akademik solan sebegitu tak ada. Soalan sebegini tak akan berlaku dalam peperiksaan sebenar, tak mungkin keluar sebiji macam tu dalam peperiksaan.

    "Seeloknya nama parti jangan sebut, kalau nak guna juga parti, sebut parti A ke, parti B. Jangan guna nama parti yang betul," katanya.

    Alimuddin turut menasihat penggubal soalan supaya tidak menggunakan eleman yang boleh mencetuskan kontroversi.

    "(Sebaliknya) soalan itu boleh menyentuh tentang pembentukan negara masilnya, kena faham tentang bagaimana negara itu dibina atau pengenalan tentang apa itu pilihan raya," tambahnya lagi.

    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hasan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu lebih peka dalam perkara ini.

    Katanya, ia bukan sahaja sensitif, malah mendidik pelajar agar memihak kepada kelompok tertentu.

    "Saya harap KPM atau jabatan pendidikan perlu berhati-hati dengan soalan sensitif sebegini. Mungkin ada orang dia kata sesuai, ada yang kata sesuai mungkin akan pecah belahkan warga negara kita.

    "Perkara ini patut berhati-hati agar tidak menyentuh parti politik. Tak salah masukkan tentang kesedaran dan pengetahuan tentang politik, tapi mengenai parti-parti Malaysia perlu diperhalusi," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah