Tindakan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang membawa anaknya, Audra atau lebih mesra disapa Odah, untuk menunaikan zakat telah mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak
Artikel Berkaitan: ‘Artis Bukan Tidak Bijak, Tapi Perincian Dalam Kontrak Ada Masanya Mengelirukan’ – Sharifah Shahirah
Bayar zakat

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, itu bersama anaknya telah hadir ke sebuah Pusat Pungutan Zakat.
Hari terakhir, mana sempat sahajalah.
Mama daftar dekat sini, lepas ini bayar sendiri tau.
Dalam masa yang sama, Sharifah Shahirah juga berharap agar anak perempuannya itu akan sentiasa menjalankan tanggungjawab untuk melaksanakan rukun Islam tersebut.
Kalau pendapatan RM10,000, hanya perlu bayar RM250. Pergi sahaja atau bayar secara online.
Sekejap sahaja, walaupun sikit awak bayar tapi cakna tentang zakat.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara didikkan Sharifah Shahirah terhadap Audra mengenai kewajipan membayar zakat ketika diusia muda lagi.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’ first appeared on OHBULAN!.





