Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana meluahkan rasa bimbang untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 18, tinggal di asrama apabila melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Tampil ‘Backup’ Wanita Yang Didakwa Kekasih Nubhan, Kongsi Gambar Percutian – ‘Kesian Kakakku Seorang Ini’
Siti Nordiana berat hati lepaskan anak tunggal

Ketika ditemui , Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 42, mengakui bahawa perasaan seorang ibu yang mula ‘berenggang’ dengan anak bukan sesuatu yang mudah.
Biasalah mak-mak yang ada anak tunggal ni macam anxiety (risau) sikit.
Saya baca dekat komen TikTok pun, ramai para ibu senasib dengan saya, rasa sunyi. Maknanya bukan saya seorang sahajalah yang rasa begitu.
Namun dia berlapang dada untuk melepaskan anak lelakinya itu bagi memberi ruang untuk berdikari dan membina masa depan yang lebih baik.
Tapi tak apalah, sebab itu adalah jalan dia pilih. Saya okay sahaja. Sekurang-kurangnya dia boleh berdikari.
Difahamkan, Rayyan bakal menyambung pelajaran dalam program Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Ogos depan.
Siti Nordiana berkata demikian ketika ditemui semasa Malam Konsert Tonton Soundstage di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, pelantun lagu Merayu Angan ini berkata dia tidak pernah berpisah dengan anak lelakinya itu dalam satu tempoh yang agak lama. Sebaliknya, hanya berjauhan ketika dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.
Kami memang tak pernah berenggang, kecuali kalau saya pergi show atau outstation, jadi sebenarnya biasa dah. Tapi kalau dia tinggal sendiri (asrama), itu tak pernah lah.
Tapi saya boleh je pergi jumpa dia setiap minggu di kolej. Dia pun boleh balik juga.
Ditanya mengenai cara mengatasi rasa sunyi ketika berada sendirian di rumah, Siti Nordiana berkata dia akan mengisi masa dengan bekerja, selain meluangkan waktu menonton drama dan pelbagai aktiviti lain.
The post Siti Nordiana Risau Lepaskan Anak Tinggal Di Asrama – ‘Kami Tak Pernah Berjauhan Lama’ first appeared on OHBULAN!.





