31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sangkar berdarah gegar luar Rumah Putih sempena hari lahir Trump

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyambut hari lahirnya yang ke-80 pada Ahad dan beliau merancang untuk menyaksikan acara sukan tempur yang diadakan di hadapan Rumah Putih sempena sambutan tersebut, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    Bermula jam 8 malam (0000 GMT Isnin), liga sukan tempur profesional Ultimate Fighting Championship (UFC) dijadualkan mementaskan tujuh perlawanan dalam sangkar bagi seni bela diri campuran (MMA) di lokasi berkenaan.

    MMA merupakan sukan tempur yang sering kali berdarah, menggabungkan pelbagai teknik termasuk tinju, gusti, kickboxing, karate dan jiu-jitsu.

    Sebuah sangkar dalam format oktagon yang tipikal telah dipasang untuk acara itu di Laman Selatan Rumah Putih, dikelilingi oleh tempat duduk untuk lebih 4,000 penonton dan berbumbungkan sebuah kubah gergasi.

    Lebih 120,000 pengunjung juga dijangka menghadiri festival peminat di Taman Ellipse yang terletak berhampiran.

    MENARIK:  Isu kaum India: Senyap bukan bermakna tak buat apa-apa, kata Izzah

    Acara rasmi itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS. Bagaimanapun, tarikh sebenar ulang tahun berkenaan adalah pada 4 Julai.

    Pihak pengkritik telah cuba menyekat acara itu melalui tindakan undang-undang namun gagal. Mereka berhujah bahawa Trump membenarkan rakan lama dan sekutunya Dana White, yang merupakan presiden UFC, serta organisasi itu menggunakan pekarangan Rumah Putih untuk mempromosikan acara sukan swasta yang mengaut keuntungan.

    Sementara itu, gerakan anti-Trump, No Kings, telah menyeru agar acara di peringkat nasional diadakan serentak dengan bermulanya pertunjukan perlawanan tersebut.

    Daripada mengadakan protes jalanan tradisional, para penyokong digalakkan untuk menganjurkan "majlis menonton" di rumah, pusat komuniti dan premis perniagaan tempatan bagi menyaksikan konsert yang diadakan di New York untuk meraikan pindaan pertama perlembagaan AS, yang merangkumi jaminan kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan berhimpun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah