29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengsan Akibat Tekanan Darah Rendah, Intan Najuwa Terpaksa Jalani Transfusi Darah – ‘Saya & Baby Dalam Keadaan Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi detik cemas apabila dirinya pengsan akibat tekanan darah yang terlalu rendah.

    Artikel Berkaitan: Tak Mahu Karpet Kotor, Intan Najuwa Larang Makanan Dibawa Masuk Bilik – ‘Bilik Lunara Dilarang Tumpahkan Susu’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’

    Intan Najuwa pengsan

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, memaklumkan keadaan tersebut menyebabkan doktor mengambil tindakan segera dengan melakukan transfusi darah.

    Saya pengsan kerana tekanan darah saya turun terlalu rendah dan doktor terpaksa melakukan transfusi darah dengan segera. 

    Alhamdulillah, semuanya baik sekarang. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

    Dalam masa sama, Intan turut menjelaskan keadaan yang dialaminya tidak mempunyai kaitan dengan pengambilan kafein seperti yang mungkin didakwa sesetengah pihak.

    Doktor saya telah mengesahkan ia tidak berkaitan dengan kafein dan tiada kaitan dengan kafein sama sekali. 

    Ia disebabkan peningkatan jumlah darah, faktor pemakanan dan keperluan tubuh yang lebih tinggi ketika hamil.

    Sementara itu, Intan turut memaklumkan bahawa penjelasan itu dibuat lebih awal bagi mengelakkan salah faham daripada netizen mengenai punca sebenar insiden yang menimpanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’

    Sumber: Instagram Intan Najuwa

    The post Pengsan Akibat Tekanan Darah Rendah, Intan Najuwa Terpaksa Jalani Transfusi Darah – ‘Saya & Baby Dalam Keadaan Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah