30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaid berjanji untuk gigih bersihkan imej ekstrem PAS

    Shopee Sale

    Tidak lama selepas diumumkan menjadi ahli baru dalam keluarga besar PAS, ahli politik kanan, Zaid Ibrahim sudah menyatakan keazamannya untuk membalas jasa parti tersebut.

    Menurut bekas menteri itu dia diterima menjadi sebahagian daripada keluarga PAS dengan “ramah, ikhlas dan peramah.”

    “Saya akan membalas kepercayaan mereka.

    “Saya akan berusaha keras untuk menghilangkan imej PAS sebagai parti antidemokratik yang ekstrem, tidak sesuai untuk Malaysia yang berbilang budaya,” katanya dalam kenyataan di media sosial pagi ini.

    PAS, kata Zaid, sebenarnya merupakan “satu-satunya parti majoriti Melayu” yang memiliki keazaman untuk membela semua pihak dengan memberi penekanan kepada aspek agama.

    Dia yang sebelum ini pernah menyertai pelbagai parti – termasuk PKR dan DAP – menambah, jika PAS memerintah tidak akan ada berlaku ketidakadilan.

    “Sebaliknya, PAS adalah satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan keazaman untuk menghapuskan ketidaksamaan, hegemoni dan keutamaan kelas.

    “Inti pati Islam akan menjadi prinsip pemerintahan.

    “Anda tidak akan mempunyai – di bawah pemerintahan PAS – keadaan yang kita digambarkan sebagai ‘sama rata, tetapi ada yang lebih sama rata daripada yang lain’,” katanya memetik frasa paling terkenal dalam naskhah Animal Farm karangan George Orwell.

    MENARIK:  Kasino di Forest City fitnah, berniat jahat - MB Johor

    Malam tadi PAS mengumumkan penyertaan Zaid ke dalam parti itu dalam majlis yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

    Untuk rekod Negeri Sembilan bakal mengadakan pilihan raya negeri pada 1 Ogos nanti. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Julai.

    Selain Zaid, ada 14 nama diumumkan di majlis ceramah perdana tersebut. Antara mereka ialah bekas exco Perak dan bekas Naib Presiden Bersatu, Hamidah Othman; bekas pemain bola sepak, Azlan Johar; bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim, Rahimi Othman, dan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Rosli Yaakup.

    Mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Dalam kenyataannya, Zaid juag menyatakan pandangan sangat positif terhadap masa depan PAS.

    “Itulah sebabnya PAS akan mentadbir Malaysia bersama-sama dengan ahli parlimen progresif yang berfikiran sama selepas PRU akan datang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah