29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Mira Filzah Luah Harapan Buat Anak, Doa Jadi Insan Beriman & Berbakti – ‘Kamu Sentiasa Disayangi’

    Shopee Sale

    Suami kepada pelakon, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar menitipkan kata-kata istimewa buat anak lelaki mereka, Wan Khair Amir.

    Artikel Berkaitan: Mira Filzah Dah Sedia Nak Bagi Anak Sulung Adik – ‘Sekarang Masa Yang Agak Sesuai’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Buka Threads Setiap Hari’ – Mira Filzah Enggan Panjangkan Isu Sombong

    Kata-kata Emir buat Amir

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Emir meluahkan harapan agar anaknya itu akan mengingati momen-momen bahagia yang pernah dilalui mereka sekeluarga.

    Semoga suatu hari nanti, Amir akan mengingati bahawa pernah ada malam-malam seperti ini ketika kecil, saat-saat terindah dan berharga bersama Papa dan Mama, memenuhi permintaan kecilmu untuk menikmati kebahagiaan.

    Malah, Emir turut mendoakan dan meluahkan harapan agar anaknya itu membesar menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada orang ramai.

    Ketahuilah bahawa kamu sentiasa disayangi, Wan Khair Amir. Semoga membesar menjadi hamba-Nya yang beriman dan berakhlak, serta insan yang membawa manfaat dan memberi kembali kepada masyarakat.

    Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang turut mendoakan agar Amir membesar menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] Johan Ghazali Beli Jam Tangan Jenama Mewah Sebagai ‘Self Reward’, Netizen Dakwa Harga Cecah RM74,000

    Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir pada 2021.

    Sumber: Threads

    The post Suami Mira Filzah Luah Harapan Buat Anak, Doa Jadi Insan Beriman & Berbakti – ‘Kamu Sentiasa Disayangi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah