31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shiha Zikir & Hafizul Faiz Lancar ‘Mula’, Lagu Tentang Keberanian Mulakan Hidup Baharu

    Shopee Sale

    Setiap individu pasti pernah melalui satu fasa kehidupan apabila segalanya terasa berat, arah hidup menjadi kabur, keyakinan semakin pudar, usaha terasa sia-sia, dan rasa takut untuk memulakan sesuatu yang baharu mula menguasai diri.

    Dari perasaan inilah tercetusnya lagu berjudul ‘Mula’, single terbaharu oleh Shiha Zikir bersama penulis serta pempengaruh, Hafizul Faiz.

    Artikel Berkaitan: ‘Lagu Minta Ampun Teguran Berbentuk Sarkastik’ – Shiha Zikir

    Artikel Berkiatan: Tersentuh Dengan Vokal Anak Amyza Adnan, Shiha Zikir Mahu Hadiahkan Lagu – ‘Sebelum Ini Tak Dapat Nak Realisasikan…’

    Tentang pengalaman hidup

    Dihasilkan menerusi kerjasama usaha sama (JV) antara Shiha Zikir Empire dan Sony Music Malaysia, ‘Mula’ tampil sebagai sebuah karya yang sarat dengan mesej inspirasi dan semangat baharu.

    Lagu ini mengajak pendengar untuk berani memulakan langkah kembali dalam kehidupan, sama ada untuk mengejar cita-cita, memperbaiki diri, mahupun mencari semula arah dan tujuan yang pernah hilang.

    Tidak seperti kebanyakan lagu balada yang sering berkisar tentang kisah cinta atau kekecewaan, ‘Mula’ tampil dengan pendekatan yang lebih dekat dengan realiti kehidupan seharian masyarakat masa kini.

    Selain itu, lagu ini mengangkat tema harapan dan kekuatan untuk bangkit selepas jatuh, serta keyakinan bahawa setiap orang sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula.

    Lagu ini bukan tentang cinta, ia tentang hidup.

    Tentang bagaimana setiap orang pasti pernah melalui pengalaman hidup yang menyakitkan dan ada fasa takut untuk bermula.

    Tapi kadang- kadang, satu langkah kecil itu boleh mengubah seluruh perjalanan hidup kita.

    Karya ini lebih bermakna kerana liriknya ditulis sendiri oleh Shiha Zikir dan Hafizul Faiz sendiri, menjadikan setiap baitnya lebih peribadi, jujur dan sarat dengan emosi.

    MENARIK:  13,000 Penonton ‘Enjoy’ Konsert Jiwa Kacau 2025, Kemunculan Fattah Amin Buat Ramai Terkejut!

    Kolaborasi mereka terhasil daripada pengalaman hidup, perasaan serta realiti yang pernah dilalui, lalu diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan lagu.

    Dengan sentuhan komposer Hafiz Hamidun, ‘Mula’ disusun dalam melodi balada moden yang sederhana tetapi penuh jiwa, sekali gus memberi ruang kepada mesejnya untuk benar-benar meresap ke dalam hati pendengar.

    Balada moden

    Menurut Hafizul Faiz, lagu ini dicipta sebagai teman kepada mereka yang sedang berusaha mencari semula kekuatan untuk memulakan langkah baru dalam hidup.

    Kadang-kadang orang bukan tak ada impian.

    Mereka cuma takut untuk bermula.

    Lagu ini kami hasilkan untuk mereka yang sedang cuba percaya semula pada diri sendiri.

    Lebih istimewa lagi, pelancaran lagu ini turut disertakan dengan penerbitan buku pertama Shiha Zikir yang menggunakan judul sama, ‘Mula’, dan dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

    Dalam pada itu, single ‘Mula’ sudah boleh didengari di semua platform digital bermula 5 Jun, manakala video muzik rasminya juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama melalui YouTube Shiha Zikir Empire.

    Di samping itu, video muzik tersebut dijangka akan menampilkan visual sinematik yang selari dengan mesej lagu, iaitu perjalanan emosi manusia, harapan yang kembali tumbuh, serta keberanian untuk membuka lembaran baharu dalam hidup.

    Melalui gabungan muzik, penulisan dan penyampaian emosi yang tulus, ‘Mula’ diharapkan mampu menjadi karya yang bukan sekadar didengar, tetapi turut dirasai serta memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang sedang bersedia untuk memulakan fasa baharu kehidupan mereka.

    The post Shiha Zikir & Hafizul Faiz Lancar ‘Mula’, Lagu Tentang Keberanian Mulakan Hidup Baharu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah