31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bob T20 Dedah Pernah Jadi Playboy, Ramai Artis & Influencer Wanita DM – ‘Tak Nak Reveal Siapa’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Bob atau lebih dikenali sebagai Bob T20, mengakui pernah menjalani kehidupan sebagai seorang ‘playboy’ dan sering menjadi perhatian selebriti wanita dan pempengaruh.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Kalau Good Looking, Famous & Ada Segalanya.. Kalau Tak Playboy Saya Mungkin Akan Risau’ – Ameera Khan

    MENARIK:  Azan Ruffedge Tegur Sikap Penganjur Tidak Serius Promosikan Konsert – ‘Jadikan Artis Ibarat Barang Untuk Niaga’

    Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham ‘Playboy’ Sebelum Bergelar Pelakon, Tak Pernah Guna Populariti Untuk Pikat Wanita – ‘Zaman-Zaman Pakai RXZ Dulu’

    Artis, Influencer DM Bob T20

    " data-video-id="7651132937835957525" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangohhyeahh

    Taubat jadi playboy, sekarang jadi idola influencer & selebriti. Full vid di YT @sembangohhyeahh #trader #forex #ib #bobtrader #broker

    ♬ original sound – SembangOhhYeahh Daily – SembangOhhYeahh Daily

    Menerusi podcast Sembang Ohh Yeahh, Bob menceritakan pengalaman menerima mesej peribadi (DM) daripada artis wanita serta pempengaruh media sosial yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar dan berkenalan dengannya.

    Bagaimanapun, Bob enggan mendedahkan identiti mereka bagi menjaga privasi pihak terlibat.

    Ada yang aku pernah (keluar), ada yang aku tak pernah. 

    Macam aku cakap, xxx itu aku pernah jumpa sekali sahaja. Itu pun bukan aku yang nak keluar dengan dia, orang lain yang bawa. Selalunya yang macam itu, aku memang ‘palau’ sahaja.

    Tapi aku tak nak reveal lah siapa.

    Mengulas dakwaan netizen yang beranggapan dirinya didekati kerana faktor kekayaan, Bob berpandangan sebaliknya dan percaya wang bukanlah sebab utama.

    Mungkin betul macam netizen cakap, sebab duit. Tapi bagi aku, ramai sahaja orang kaya kat luar sana yang lagi kaya daripada aku. Bukan aku yang paling kaya dalam Malaysia ini.

    Tapi kenapa mereka tak nak keluar dengan orang luar sana, kenapa nak keluar dengan aku? Maksudnya, bukan sebab duit juga,.

    Dalam masa sama, Bob berkata kemungkinan daya tarikannya terletak pada personaliti serta cara pemikirannya yang disifatkan lebih matang.

    Menurutnya, karakter dan ‘mindset’ yang dimiliki menjadi antara faktor yang membuatkan ramai wanita selesa untuk mendekatinya.

    Sumber: Podcast Sembang Ohh Yeahh

    The post [VIDEO] Bob T20 Dedah Pernah Jadi Playboy, Ramai Artis & Influencer Wanita DM – ‘Tak Nak Reveal Siapa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah