31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rossa Dah Lebih 10 Tahun Tak Beli Baju Raya – ‘Setiap Kali Lebaran Rakan-Rakan Designer Akan Hadiahkan’

    Shopee Sale



    Datuk Seri Rossa

    Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan sudah lebih sedekad tidak membeli baju raya.

    Rakan designer bagi

    Datuk Seri Rossa

    Menurut Rossa, setiap kali menjelang Aidilfitri, dia akan menerima banyak busana sebagai hadiah pemberian daripada rakan-rakan pereka fesyen.

    Saya ramai rakan-rakan pereka fesyen, jadinya setiap kali lebaran saya akan menerima baju sebagai hadiah daripada mereka semua.

    Saya sentiasa menyokong produk tempatan, malah khidmat rakan-rakan pereka fesyen itu saya sentiasa gunakan mereka setiap kali ada konsert atau acara.

    Konsepnya ‘give and take’, kalau saya buat konsert saya akan undang mereka, jadi Hari Raya mereka pula beri hadiah pada saya.

    Alhamdulillah tahun ini banyak juga yang saya terima. Baju itu bukan untuk saya sahaja, tetapi selalu untuk anak dan ibu bapa saya. Sudah lebih 10 tahun, jarang sangat beli baju.

    Pulang ke Sumedang

    Berkongsi mengenai persiapan menyambut Lebaran, pelantun lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ itu berkata, dia akan pulang ke kampung halaman di Sumedang, Indonesia.

    Saban tahun memang akan pulang ke rumah orang tua saya di Sumedang. Saya akan menyambut raya di sana bersama anak.

    Dalam pada itu, disoal pernahkah rumahnya diserbu peminat sewaktu Hari Raya, Rossa menjawab budaya di negaranya tidak sebegitu, sebaliknya hanya dikunjungi saudara-mara sahaja.

    Rumah saya tidak pernah diserbu peminat, kerana di sana tiada budaya sebegitu walaupun peminat tahu di mana kediaman saya.

    Mungkin berbeza budaya, di Indonesia kami saudara-mara sahaja yang akan berkunjung.

    Dalam perkembangan terkini, Rossa bakal mengadakan konsert berskala besar iaitu ‘Here I Am’ yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.

    MENARIK:  Ajak Shiro Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus – ‘Dekat Dengan Rumah, Saya Tak Nak Dia Penat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah