26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Semoga Kali Ini Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Kami Tunggu Awak Balik’ – Nadzmi Adhwa

    Shopee Sale

    Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi momen mengiringi isterinya, Ardell Aryana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0.

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’

    Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa

    ‘Kita semua tunggu awak balik ya’

    View this post on Instagram

    A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa)

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Nadzmi mendoakan keselamatan Ardell yang sedang menyertai misi kemanusiaan bagi menjejakkan kaki ke bumi Gaza.

    Dia juga menitipkan kata-kata semangat buat isterinya agar terus kuat dan ikhlas dalam menjalankan amanah membantu rakyat Palestin yang memerlukan.

    Saya dan anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. 

    Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza.

    Dalam pada itu, Nadzmi turut mendoakan agar segala usaha Ardell dipermudahkan serta mendapat keredaan Allah, selain berharap misi yang disertai itu berjalan lancar.

    Semoga Allah redha dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat

    Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, PU Rahmat, PU Amin, Imam Asyraf dan Haroqs.

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Digelar Ahli Neraka’ – Nadia Brian

    Sumber: Threads Nadzmi Adhwa

    The post [VIDEO] ‘Semoga Kali Ini Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Kami Tunggu Awak Balik’ – Nadzmi Adhwa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah