33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2 Jam, 48 Ribu Ketul Ayam Goreng! Marrybrown Buktikan Kuasa ‘Kaki Makan’ Malaysia

    Shopee Sale

    Siapa sangka misi menikmati ayam goreng boleh membawa kepada satu pencapaian bersejarah?

    Sempena sambutan ulang tahun ke-45, jenama restoran khidmat pantas (QSR) halal tempatan, Marrybrown, mencipta detik istimewa apabila berjaya menjual sebanyak 48,866 ketul ayam goreng menerusi aplikasi foodpanda dalam tempoh hanya dua jam.

    Pencapaian luar biasa itu sekali gus melayakkan Marrybrown menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘The Most Fried Chicken Pieces Sold Through a Delivery Platform in a Day’.

    Sasaran 10,000 ketul, tapi sambutan luar biasa

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Marrybrown, Daniel Chan, pihaknya pada awalnya menyasarkan jualan sebanyak 10,000 ketul ayam goreng sahaja sepanjang tempoh kempen berlangsung.

    Namun, sambutan yang diterima daripada pelanggan ternyata jauh melebihi jangkaan apabila permintaan meningkat dengan begitu pantas sebaik sahaja kempen bermula.

    “Kami pada awalnya menyasarkan 10,000 ketul ayam goreng dalam tempoh dua jam. Namun, permintaan melonjak sehingga mencecah ribuan tempahan dalam masa beberapa minit sahaja.

    “Saya amat berbangga dengan pasukan Marrybrown dan foodpanda yang bekerja keras bagi memastikan pelanggan dapat menikmati ayam goreng kegemaran mereka tanpa gangguan,” katanya.

    45 tahun bawa rasa Malaysia ke dunia

    Ditubuhkan sejak tahun 1981, Marrybrown terus berkembang sebagai jenama QSR halal tempatan yang dibanggakan rakyat Malaysia.

    MENARIK:  ‘Adnan..Bila Tak Mampu Beri Bahagia, Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan’ – Kakak Adira Suhaimi

    Kini, Marrybrown telah melebarkan operasinya ke 16 negara di seluruh dunia, membuktikan bahawa jenama tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    Dengan mengangkat identiti Malaysia menerusi hidangan yang dekat dengan citarasa tempatan, Marrybrown kekal komited untuk memberikan pengalaman makanan yang berkualiti kepada pelanggan.

    Ada penghargaan istimewa buat pelanggan

    Sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan 45 tahun ini, Marrybrown bersama foodpanda turut memperkenalkan inisiatif penghantaran percuma untuk pelanggan.

    Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang membuat pesanan Marrybrown melalui foodpanda boleh menikmati penghantaran percuma pada setiap 25 haribulan dari bulan Julai hingga bulan Disember 2026, tertakluk kepada terma dan syarat.

    marrybrown

    Daripada sekadar menikmati ayam goreng kegemaran, sokongan pelanggan kali ini berjaya mencipta satu lagi kenangan manis dalam sejarah Marrybrown. Memang bangga apabila jenama tempatan mampu mencipta nama di pentas sendiri.

    The post 2 Jam, 48 Ribu Ketul Ayam Goreng! Marrybrown Buktikan Kuasa ‘Kaki Makan’ Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah