Pelawak dan pelakon, Zizan Razak berpandangan bahawa budaya membuka aib orang lain di media sosial bukanlah amalan yang wajar dilakukan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Macam Adik-Beradik’ – Zizan Razak Jawab Usikan Netizen Cuba Jodohkan Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak ‘Surprise’ Abang Kereta Idaman, Netizen Puji Utamakan Keluarga – ‘Patutlah Murah Rezeki’
Zaman fitnah

Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata dia sentiasa berpegang pada prinsip untuk tidak menyebarkan atau membuka aib sesiapa, sama ada melibatkan rakan mahupun individu yang tidak dikenali kerana percaya setiap perbuatan akan menerima balasan yang setimpal.
Kita mungkin boleh buka aib orang, tetapi kena ingat, sekali Allah buka aib kita, memang tak ada jalan pulang.
Saya minta dijauhkan daripada perkara-perkara begitu.
Bagi saya, semuanya berbalik kepada didikan keluarga masing-masing.
Jujurnya, saya tidak akan menyebarkan aib sesiapa, walaupun pernah melihat kesalahan rakan atau orang luar di depan mata, saya tidak pernah berniat untuk merakam, berkongsi atau menceritakannya.
Sebab bila kita buka aib orang, dan Allah membuka aib kita nanti, memang tiada jalan pulang lagi.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Astro Fandom di D Theatre, Hextar World Empire City, Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, aktor filem ‘Polis Evo’ menegaskan bahawa setiap individu perlu bersedia berdepan kemungkinan kesilapan atau kisah silam mereka dibangkitkan semula oleh pihak tertentu pada masa hadapan.
Sama ada ia mengganggu atau tidak, kadang-kadang kesilapan kita masa lalu mahu didedahkan orang.
Kita nak cakap apa? Kita hanya perlu berhati-hati dan terima sahaja hakikat itu.
Pada saya, kita kena terima sahaja, tetapi perbuatan membuka aib orang bukanlah satu budaya atau gaya hidup yang positif.
Dalam masa sama, Zizan berpendapat bahawa masyarakat hari ini berdepan pelbagai cabaran dan fitnah yang semakin berleluasa, khususnya di media sosial.
Justeru, Zizan menitipkan nasihat agar orang ramai sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan serta bijak membuat pilihan demi menjalani kehidupan yang lebih baik.
Ini zaman seperti yang sudah ditulis dalam al-Quran, semakin dekat kemunculan Dajjal, semakin banyak fitnah akan bermaharajalela.
Sebab itu, kita akan rasa dunia ini semakin sunyi dan mencabar.
Bila usia semakin meningkat dan matang, saya lebih banyak berfikir.
Kehidupan hari ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu ditangani dengan bijak.
Pilihlah jalan yang terbaik.
The post ‘Boleh Buka Aib Orang, Tapi Allah Buka Aib Kita Memang Tiada Jalan Pulang’ – Zizan Razak first appeared on OHBULAN!.





