Pelakon jelita, Anzalna Nasir, menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih bijak mengawal pengambilan makanan, lebih-lebih lagi ketika pelbagai trend makanan unik dan pencuci mulut semakin tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Tahun Ibu Pesan Dekat Anak-Anak Jangan Belikan Dia Apa-Apa, Mahu Kami Simpan Duit’ – Anzalna Nasir
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Off Media Sosial & Muat Naik Gambar Selepas Pulang Bercuti’ – Anzalna Nasir
Utamakan kesihatan

Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkata dia memahami keinginan orang ramai untuk mencuba makanan viral, selain menyokong peniaga yang sedang mencari rezeki.
Namun, Anzalna menegaskan aspek kesihatan diri tetap perlu diberi keutamaan.
Saya perasan sekarang banyak makanan pelik-pelik dan manis yang viral.
Bila tengok review menarik, terus rasa nak cuba.
Kadang-kadang kita nak support peniaga sebab tahu mereka mencari rezeki, tapi jangan lupa fikir juga tentang kesihatan diri.
Dalam pada itu, Anzalna turut mengingatkan agar setiap makanan dinikmati secara berpada-pada serta tidak terlalu mengikut keinginan semata-mata.
Kalau teringin, boleh cuba, tapi jangan terlalu ikut nafsu.
Makan berpada-pada, kesihatan lebih penting.
Peringatan untuk diri sendiri juga yang suka makan manis-manis, walaupun tahu diri dah manis.
Sumber: Threads
The post ‘Nak Support Peniaga, Jangan Lupa Fikir Kesihatan Diri’ – Anzalna Nasir Tak Halang Cuba Makanan Viral first appeared on OHBULAN!.





