31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Epal Bidas Kenyataan Wanita Tak Terima Lelaki Miskin – ‘Bila Ada Duit Sendiri, Dia Gatal Dengan Isteri Orang Pula’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Cik Epal, tampil membidas kenyataan seorang individu yang berpendapat kebanyakan wanita tidak mampu menerima lelaki yang hidup serba kekurangan.

    Artikel Berkaitan: Cik Epal Titip Nasihat Untuk Wanita Bercerai & Dicurangi – ‘Bila Seseorang Ditarik Dari Hidup Kita, Peranannya Sudah Selesai’

    Artikel Berkaitan: ‘Semoga Jiwa Yang Dikhianati Kembali Bertemu Cahaya’ – Cik Epal 

    Wanita tak terima lelaki miskin?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang pengguna membangkitkan persoalan mengenai sikap segelintir wanita yang enggan menerima lelaki yang belum mencapai kestabilan kewangan.

    Lelaki tak kisah terima wanita miskin.

    Tapi perempuan? Takut terima lelaki miskin.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud yang tampil memberikan pandangan berbeza.

    Menurut Cik Epal, ramai wanita sanggup hidup susah bersama pasangan namun akhirnya dikhianati dengan kehadiran orang ketiga.

    Ramai saja perempuan tak kisah terima lelaki yang susah dan sama-sama bina kehidupan dari bawah.

    Tapi ada sesetengah lelaki, bila baru saja merasa ada duit sendiri lepas kahwin, dia menggatal dengan isteri orang pulak.

    Dalam pada itu, Cik Epal percaya masih wujud lelaki yang setia serta menghargai setiap pengorbanan pasangan.

    Cuma bukan semua lelaki begitu. Masih ada yang setia, tahu menghargai pengorbanan pasangan, dan kekal menjaga amanah rumah tangga.

    Semuanya bergantung pada individu, bukan jantina.

    Sumber: Threads @cikepal06

    MENARIK:  [VIDEO] Noor Kartini Perjelas Hantaran Di IG Tentang Orang Ketiga – ‘Mungkin Ada Yang Salah Faham’

    The post Cik Epal Bidas Kenyataan Wanita Tak Terima Lelaki Miskin – ‘Bila Ada Duit Sendiri, Dia Gatal Dengan Isteri Orang Pula’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah