30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hampir lapan peratus pengundi selesai laksana tanggungjawab setakat 9 pagi

    Shopee Sale

    Sebanyak 7.97 peratus atau 213,878 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 9 pagi ini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 15.8 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat (14.7 peratus) dan DUN Pasir Raja (13.6 peratus).

    MENARIK:  Sany saran masukkan kisah tokoh komunis, reformasi dalam modul sejarah

    Bagaimanapun, DUN Bentayan dan DUN Simpang Jeram, masing-masing mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 7.7 peratus, manakala DUN Kukup sebanyak 7.6 peratus.

    Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 6.35 peratus atau 163,553 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah