Bekas isteri, penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek hadir ke mahkamah dengan perasaan bercampur baur bagi prosiding pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan bekas suaminya.
Artikel Berkaitan: Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?
Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah
Harap yang baik-baik

Ketika ditemui , Dr. Afifah yang mesra disapa Dr. Fie berharap agar prosiding berjalan dengan baik namun tetap mempersoalkan tentang tindakan Nubhan terhadapnya.
Doa yang baik-baik untuk saya, saya pun tidak tahu kenapa Nubhan buat saya macam ni tapi insya-Allah kita ikut saja proses mahkamah cara yang betul.
Semoga adil buat saya.
Dr. Fie berkata demikian ketika ditemui di di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 9.37 pagi Selasa.
Sebelum ini, Nubhan selaku plaintif menfailkan komital terhadap Dr. Fie atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Macam Ni’ – Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.





