34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tudung Macam ‘Daging’ Saya’ – Noor Kumalasari Titip Pesan, Niat Mesti Datang Dari Hati

    Shopee Sale

    Primadona, Noor Kumalasari mengakui hijab yang dipakainya sejak puluhan tahun lalu sudah menjadi sebahagian daripada dirinya sehingga dia tidak pernah berasa janggal mengenakannya walau dalam apa jua situasi.

    Artikel Berkaitan: ‘Boleh Ke Umur Dah 69 Tahun Catwalk?’ – Noor Kumalasari Berbesar Hati Jadi ‘Muse’ Nafesa, Puji Dedikasi Said Saiful Fazli Buat Untuk Ibu

    Tidur pun bertudung

    Noor Kumalasari atau mesra disapa Noor, 69, berkata, hijab yang digayakan bukan sekadar pelengkap penampilan, sebaliknya telah sebati seperti ‘darah daging’ sendiri.

    Tudung pada saya ini memang sudah sebati. Jadi macam ‘daging’ saya. Masak di dapur ke, dalam tandas ke, memang sentiasa pakai tudung.

    Sampai suami saya pernah tegur, “Eh, awak ini dalam bilik tidur, kenapa pakai tudung?” Saya pun jawab, “Yakah? Saya dah biasa.”

    Memang sudah menjadi sebahagian daripada diri saya, bukan dibuat-buat. Kadang saya tertidur pun masih pakai tudung, sampai suami pula yang tolong buka.

    Dulu, masa arwah ibu saya masih ada, kalau saya pergi rumah dia, dia selalu cakap “Eh, bukalah tudung tu. Mummy rimas tengok pakai tudung dalam rumah.” Saya kata tak apa, saya selesa sangat pakai tudung.

    Noor berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran Nafesa dan koleksi The Alhambra Monogram yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

    MENARIK:  Michael Ang Harap Cheah Liek Hou Dapat Habuan Lumayan – ‘Jangan Anak Tirikan’

    Tambah adik kepada Anita Sarawak itu, dia bersyukur imannya tidak pernah goyah selain menegaskan kekuatan berhijab datang daripada niat yang betul.

    Ramai yang pakai dua tiga tahun kemudian buka. Itu pilihan masing-masing. Pada saya, bila tudung dah sebati, memang tak boleh tinggal.

    Pakai tudung mesti dari hati. Bukan sebab suami, bukan sebab kawan-kawan, bukan sebab suasana. Kalau kerana Allah, insya-Allah akan kekal sampai akhir hayat.

    Mengimbas ujian awal penghijrahannya, Noor mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran lebih RM200,000 untuk berlakon hampir 100 episod dengan syarat perlu membuka tudung.

    Saya dapat satu tawaran drama lebih RM200,000 untuk hampir 100 episod. Itu masa awal-awal saya berhijab.

    Mereka suruh saya buka tudung. Saya kata, ‘No’. Saya tak akan buka tudung untuk sesiapa. Saya buat ini kerana Allah, bukan kerana duit. Saya tidak akan buka sebab Allah akan marah kalau saya buka.

    The post ‘Tudung Macam ‘Daging’ Saya’ – Noor Kumalasari Titip Pesan, Niat Mesti Datang Dari Hati first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah