30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazley Yaakob Tak Mahu Anak-Anak Menderita, Masih Lakukan Rutin Bersama Bekas Isteri Walau Sudah Berpisah

    Shopee Sale



    Datuk Fazley Yaakob

    Meskipun sudah berpisah, cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob memberitahu dia masih menjaga hubungan baik bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz demi anak-anak.

    Masih harmoni

    Datuk Fazley Yaakob

    18 tahun hidup bersama, Fazley atau nama sebenrnya Ahmad Fadzli Yaakob, 46, berkata, hubungan mereka masih utuh dan harmoni seperti sebuah keluarga.

    Saya, Azreen dan anak-anak sangat okay, tak ada masalah. Kalau tengok Instagram saya beberapa hari lalu pun sama seperti biasa. Kami keluar bersama macam biasa walaupun kami dah berpisah dalam akad.

    Tidak ada lagi perkataan yang melambangkan suami isteri, tapi hubungan kekeluarga itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama.

    Anak-anak pun tak rasa ada kekangan di antara hubungan kami. Kehidupan kami pun macam biasa, yang bezakan cuma hubungan tidak lagi suami isteri.

    Fazley memaklumkan perkara itu menerusi rakaman suara yang dikirim kepada pengamal media.

    ‘Perpisahan bukan pengakhiran’

    Datuk Fazley Yaakob

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Asmara Ini menganggap perpisahan bukan satu pengakhiran dan tidak mahu anak-anak melalui kesengsaraan disebabkan perceraian yang berlaku.

    Saya percaya perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kasih sayang, perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kekeluarga, perceraian tidak bermakna anak-anak perlu sengsara dalam perpisahan.

    Pada saya, ungkapan yang saya boleh kongsi dan jadikan pegangan bukan sahaja saya tapi Azreen dan anak-anak, tidak semua yang pahit itu racun, tidak semua yang manis itu madu. Kehidupan perlu diteruskan, anak-anak memahami dan menghormati.

    Terdahulu, Fazley mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah berpisah dengan bekas isteri Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad.

    MENARIK:  Anak Farid Kamil & Diana Danielle Raih Perhatian, Ramai Dah ‘Cop’ Muhammad Jadi Menantu

    Lebih mengejutkan lagi apabila perceraian mereka sudah berlaku beberapa bulan lalu.

    Imbas kembali, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah