28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan 

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan bersedia melepaskan anak sulungnya, Ammar Effendy yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Auni.

    Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Rasa Berat Nak Lepas Ammar, Bakal Terima Menantu Jun Tahun Depan

    MENARIK:  Hitungan Hari Menuju Persalinan Anak Kedua oleh Miera Liyana

    Artikel Berkaitan: Isu Curang, Che Ta Nasihat Jangan Salahkan ‘Penyondol’ 100 Peratus

    Tak cerewet terima menantu

    " data-video-id="7566651049180777748" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @rozitachewan1

    Dari seorang ibu yang dah tengok anaknya membesar depan mata, kini melangkah ke fasa baru kehidupan. Semoga Ammar sentiasa jadi lelaki yang tahu menghargai, memahami, dan menyayangi. Setiap nasihat Ibu, simpan dalam hati — sebab semua tu datang dari kasih sayang seorang ibu. Moga pertunangan Ammar & Auni ni jadi langkah pertama menuju kebahagiaan yang kekal ✨ Venue : Terrace, Lantera Venue Catering : @lanterakitchen Decoration : @lanteravenue Flowerbar : @bebungebunge_ Video : Lantera Media

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anak-anak bebas memilih pasangan hidup.

    Tambah Che Ta, dia tidak menentukan sebarang kriteria untuk menjadi menantunya.

    Saya tidak cerewet dalam pemilihan bakal isteri.

    Yang nak hidup dengan mereka bukan saya. Anak-anak ada pilihan tersendiri.

    Kadang-kadang kita rasa kita kenal anak kita tapi kita hanya kenal luaran. Yang lebih kenal adalah bakal isteri.

    Jadi, saya bagi kebebasan untuk memilih pasangan hidup. Saya sokong saja.

    Kalau tak pakai tudung pun, perlahan-lahan lah untuk pakai. Macam saya dulu pun tak pakai, bila dah kahwin dengan Zain baru pakai.

    Pesanan buat Ammar

    Berkongsi lebih lanjut, Che Ta menitipkan pesanan buat Ammar agar menjadi suami yang mithali, kelak.

    Dalam pada itu, Che Ta juga sempat memuji personaliti bakal menantu yang disifatkan sebagai wanita yang baik buat anak lelakinya.

    Jadi suami yang mithali. Suami yang tidak membebankan isteri.

    Suami yang baik terhadap keluarga isteri, setia dan sentiasa menjaga kebajikan isteri.

    Sebab Auni jenis yang banyak beri pilihan pada Ammar. Dia lebih menghormati Ammar.

    Alhamdulillah Ammar dapat bakal isteri yang sebegitu.

    Imbas kembali, majlis yang diadakan penuh eksklusif dan tertutup itu tular apabila difahamkan Ammar Effendy yang sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.

    Bagaimanapun, identiti wanita tersebut masih lagi dirahsiakan apabila mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya.

    Sumber: TikTok @rozitachewan

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah