29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terlalu Jiwai Watak Ketika Kelas Lakonan, Namron Pernah Dinasihat Untuk Jumpa Pakar Sakit Jiwa

    Shopee Sale

    Pelakon, Namron memaklumkan dirinya pernah dinasihat pelakon senior, Ahmad Yatim untuk mendapatkan pemeriksaan bersama pakar sakit jiwa.

    Artikel Berkaitan: [FOTO] Namron Tiru ‘Pose’ Artis Lain, Sekali Salah Jari Pula Nak Tiru Hairul Azreen – ‘Tak Lama Lagi 1 Juta La…’

    MENARIK:  [VIDEO] Aisyah Hijanah Umum Hamil Anak Keempat, Reaksi Alif Teega Buat Ramai Terhibur – ‘Dia Yang Buat, Dia Pula Terkejut’

    Berlaku ketika kelas lakonan dengan Ahmad Yatim

    " data-video-id="7528361095581453575" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @siardotmy

    Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Pelakon dan Pengarah, NAM RON di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! 📺🎬 #ruangtemu #siar #namron #artismalaysia #pelakon #podcast

    ♬ original sound – SIAR – SIAR

    Menurut Namron atau Shahili Abdan, segalanya bermula sewaktu dia menghadiri kelas lakonan bersama Ahmad Yatim sewaktu dirinya melanjutkan pelajaran di  Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali sebagai ASWARA.

    Aku pernah dinasihatkan untuk pergi jumpa pakar sakit jiwa kerana aku dikatakan ada masalah mental. Ini kejadian waktu sebelum aku buat keputusan untuk berhenti berlakon.

    Tahun pertama dekat ASK. Flashback balik la. Sebab ada kaitan kenapa aku buat Psiko Pencuri Hati. Waktu itu aku dalam kelas Ahmad Yatim.

    Buat latihan mengeluarkan emosi, semua pelajar kena pilih ruang masing-masing. Kita carilah mana ada, aku ambil satu ruang menghadap dinding.

    Duduk kat situ, tengok dinding saja, untuk ambil ruang kau sendiri. Waktu itu aku tak ada apa-apa emosi, Aku ada sebatang pen, aku pegang pen dan cucuk dekat lantai.

    Makin lama aku cucuk, satu perasaan datang, perasaan yang datang waktu itu adalah marah. Aku bina perasaan marah itu sebab tugasan kita adalah cari satu emosi.

    Bercerita lanjut, pelakon filem ‘La Luna’ itu memaklumkan dia kemudiannya tidak dapat mengawal kemarahan selepas diminta untuk berhenti dan pulang secara tiba-tiba.

    Aku bina perasaan marah itu dengan sangat kuat. Tiba-tiba aku dengar dia kata, ‘Okay kita stop kelas hari ini. Semua boleh balik’.

    Aku macam, ‘Eh apahal?’. Emosi aku masa itu tengah 80-90, tiba-tiba dia batal kelas.

    Dia cakap kami semua buat main-main. Tak buat betul-betul, tak bersungguh.

    Aku rasa dah buat betul, dia cakap aku main-main. Marah itu dah menguasai diri aku.

    Mata aku dah meliar dah, waktu itu semua orang keluar, aku duduk bilik itu tunggu dia.

    Namron berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Ruang Temu’ yang dimuat naik di platfrom TikTok Siar TV.

    Ahmad Yatim minta jumpa pakar

    Disebabkan amarah dalam diri semakin memuncak, Namron berkata dia bertindak menghalang Ahmad Yatim keluar dari studio sebelum menumbuk pintu.

    Bimbang dengan situasi itu, Ahmad Yatim kemudiannya menasihati Namron untuk bertemu pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan.

    Dia nak keluar, aku ‘block’ dia dengan tangan. Aku genggam tangan aku, aku tumbuk tebing pintu. Tumbuk depan dia dan marah.

    Tapi dia kata dia bukan cakap dekat saya tapi dekat ada orang yang main-main. Tangan kau dah berdarah sebab tumbuk, tapi aku berhenti tumbuk bila dia kata aku perlu dapatkan rawatan.

    Dia cakap aku ada masalah mental. Jadi, dia syor kan aku jumpa psikiatri untuk dapatkan rawatan.

    Sumber: TikTok, YouTube

    The post Terlalu Jiwai Watak Ketika Kelas Lakonan, Namron Pernah Dinasihat Untuk Jumpa Pakar Sakit Jiwa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah