26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Semua 1,076 pusat mengundi seluruh Johor dibuka 8 pagi

    Shopee Sale

    Sebanyak 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,889 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuka serentak bermula 8 pagi ini, bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih kerajaan baharu untuk penggal akan datang.

    Proses pengundian yang melibatkan 2.7 juta pengundi berdaftar itu dijadualkan berlangsung hingga 6 petang ini, selepas berakhirnya tempoh berkempen selama 14 hari pada tengah malam tadi.

    Bagaimanapun, terdapat beberapa pusat mengundi di kawasan dengan jumlah pengundi kecil yang akan ditutup lebih awal secara berperingkat, bermula seawal 11 pagi.

    PRN kali ini menyaksikan keseluruhan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan pertembungan empat penjuru di 12 kerusi, tiga penjuru (27) dan saingan satu lawan satu di 14 kerusi.

    MENARIK:  Malaysia takkan berjaya jika terus main sentimen negeri, daerah - Anwar

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kira-kira 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, dengan keputusan penuh dijangka diumumkan seawal 10 malam.

    Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati anggota pasukan keselamatan telah ditempatkan bagi memastikan kelancaran proses pengundian, manakala petugas media pula mula berkumpul seawal 7 pagi untuk melaporkan perkembangan terkini dari lapangan.

    Sementara itu, cuaca dilaporkan baik di kebanyakan tempat kecuali di Muar yang mengalami hujan pagi ini.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

    Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah