30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anna Jobling Tak ‘Rushing’ Nak Kahwin, Akui Jatuh Cinta Dengan Personaliti Karel Susanteo

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang merupakan aktor dari Indonesia, Karel Susanteo.

    Artikel Berkaitan: ‘Sokongan Daripada Peminat Sangat Penting, Saya Sangat Sayang Mereka’ – Anna Jobling

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ajak Saya Main Pickleball’ – Anna Jobling

    Tak rushing nak kahwin

    Ketika ditemui , Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan cintanya bersama aktor berusia 27 tahun itu.

    Susulan jadual kerja yang padat, Anna akui masih tiada sebarang perancangan untuk ke tahap yang lebih serius sebaliknya memilih untuk memberi keutamaan kepada kerjayanya buat masa ini.

    Saya rasa sekarang semua orang dah tahu dah, jadi saya tiada apa nak cakap.

    Cuma doakan yang terbaik saja.

    Sekarang saya memang fokus pada kerja saja. Tidur pun tak cukup. Tapi doa lah, cuma sekarang memang sibuk kerja.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, pada Jumaat.

    MENARIK:  Terbuka Buat Semua! Sambutan Hari Guru 2025 Bakal Berlangsung Di Kuching, Sarawak

    Mengulas lanjut, pelakon utama drama bersiri Yes! Captain Zul Aaryan itu mengakui tertarik dengan perwatakan Karel yang disifatkan sebagai seorang yang menyenangkan.

    Saya suka dia sebab personaliti.

    Tiada apa yang perlu digesa-gesakan.

    Imbas kembali, tular sebuah video memaparkan Anna terbang ke Jakarta bagi memberikan sokongan kepada kekasihnya yang menyertai pertandingan kecergasan HYROX Jakarta, baru-baru ini.

    Terdahulu, hubungan Anna dan Karel menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa foto serta hantaran romantis di media sosial menjadi tular sehingga mencetuskan spekulasi kedua-duanya sedang menjalin hubungan cinta.

    The post Anna Jobling Tak ‘Rushing’ Nak Kahwin, Akui Jatuh Cinta Dengan Personaliti Karel Susanteo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah