29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Hantar DM Dekat Dia’ – Siti Saleha Cerita Detik Perkenalan Dengan Joshua Fitton

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Saleha mengakui dirinya yang mengambil langkah pertama untuk mendekati suaminya, Joshua Fitton.

    Artikel Berkaitan: Siti Saleha Dedah Tetap Kejar Impian Jadi Pelakon Tanpa Sokongan Keluarga – ‘Saya Bangga Dengan Diri Saya’

    Artikel Berkaitan: Siti Saleha Bakal Kongsi Jantina Anak Sulung, Adat Jawa Menjadi Pilihan – ‘Sekarang Kita Rahsia Dulu’

    Kenal tapi tak rapat

    Menerusi potongan klip daripada podcast Studio Sembang, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum, 35, mendedahkan bahawa sebelum ini dia hanya mengenali Josh secara umum dan bukan secara rapat.

    Bagaimanapun, dia berkata dia sangat rapat dengan adik Josh iaitu Leila.

    Saya dah kenal Josh lama dah, tapi tidak pernah betul-betul kenal dia.

    Macam kita cuma hi bye je kalau jumpa dekat event, tapi saya kenal adik perempuan dia, Leila.

    Masa saya dekat UK, saya jumpa Leila, selepas itu kami sembang-sembang dan dia cakap, ‘Josh single,’ dan saya pun macam, ‘oh okay, dia single. Bagus jugalah tahu.’

    Walaupun sebelum ini tidak pernah menghantar mesej kepada sesiapa, Siti Saleha memberanikan diri untuk menghubungi Josh terlebih dahulu.

    Saya pun hantar DM dekat dia. Saya tidak pernah DM sesiapa pun sebelum ni, jadi saya fikir tidak salah pun nak cuba hantar satu DM yang harmless.

    Masa tu saya dekat rumah Leila, saya perasan banyak artwork dekat rumah dia macam lukisan Mona Lisa tapi versi lain.

    Jadi saya pun fikir nak guna tu sebagai bukanlah pick up line, tapi macam ayat pembuka.

    Saya tulis, ‘hello Josh, seni dekat dalam bilik air sangat menarik’ itu saja.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami – ‘Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga’

    The post [VIDEO] ‘Saya Hantar DM Dekat Dia’ – Siti Saleha Cerita Detik Perkenalan Dengan Joshua Fitton first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah