Nama penyanyi dan pelakon Linda Rafar sekali lagi menjadi perhatian selepas memberi komen balas terhadap individu yang mengkritik penampilannya di Konsert Elite baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Team Sudah Cuba Sedaya Upaya’ – Linda Rafar Perjelas Isu Penampilan Ketika Konsert, Akan Rujuk Keluarga Soal Pakaian
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ingat Boleh Terlepas’ – Terima DM Keterlaluan Di IG, Linda Rafar Bakal Ambil Tindakan
Linda bidas komen netizen

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu berkongsi tangkap layar balasan Linda terhadap beberapa komen netizen di TikTok.
Dalam komen tersebut, Linda dilihat memberikan jawapan bersifat sinis terhadap individu yang mengkritiknya termasuk mendakwa penyanyi itu membuka aib sendiri kerana memakai pakaian yang tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Jual selipar ke? Sian, berapa satu? Meh saya tolong beli.
Situasi bertambah hangat apabila ada netizen menegurnya kerana enggan memaafkan orang lain, malah menuduh dirinya melanggar hukum agama. Linda turut membalas dengan sinis.
Ustazah ke?
Bagaimanapun, respon balas pelantun lagu Sujud itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang tidak menyangka Linda memberi reaksi sedemikian.
Menerusi tinjauan , komen tersebut difahamkan sudah dipadamkan oleh Linda di TikTok.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post ‘Ustazah Ke?’ – Linda Rafar Bidas Komen Tegur Isu Aurat, Netizen Anggap ‘Kasar’ first appeared on OHBULAN!.





