28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Berniaga Sebab Suka, Boleh Bantu Orang Lain Juga’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale



    siti berniaga

    Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi nombor satu negara, namun Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap aktif mengembangkan perniagaan yang sedang dijalankan.

    Netizen puji 

    " data-video-id="7374222069229210888" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @toktitiktok

    Warna lipstick yang saya pakai ni plum paradise .. memang cantikkk!! Ada extra lipstik dibahagian bawah batang lipstik .. memang berbaloi beli.

    ? original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Siti Nurhaliza Taruddin itu dilihat sedang mempromosikan produk kecantikannya.

    Kemudian, ibu kepada dua orang anak tersebut memberi respon terhadap salah seorang pengikutnya yang meninggalkan komen.

    Saya tidaklah kaya raya, Alhamdulillah cukup. Saya berniaga sebab saya suka, boleh bantu orang lain juga.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji niat murni pelantun lagu Anta Permana itu yang berniaga sambil bersedekah.

    Dia berniaga sambil bersedekah.

    Idola!

    Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezekinya.

    Sekadar info, Siti Nurhaliza menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang diadakan pada Mac lalu kepada Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

    MENARIK:  ‘Walaupun Kami Tak Rapat Lagi, Tapi Dia Selalu Di Belakang Saya’ – Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf

    Selain itu, dalam satu pendedahan, penyanyi berusia 45 tahun tersebut merupakan antara pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

    Difahamkan sejak lima tahun lalu Siti Nurhaliza juga tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah