
Anak kepada pelawak dan pelakon, Abon iaitu Shakirah Sharizan berkongsi keadaan terkini bapanya itu menerusi TikTok.
Peminat rindu lakonan Abon
Menerusi satu video yang dimuat naik, Shakirah menjawab persoalan seorang netizen yang menyuarakan kerinduannya melihat Abon di kaca televisyen.
Dia (Abon) dah lama tak berlakon, kali terakhir berlakon (mungkin) 30 tahun lalu.
Rindu tengok lakonan dia.
Menurut Shakirah, ayahnya iaitu Abon atau nama lengkapnya Sharizan Ahmad sudah lama bersara dari bidang lakonan dan kini sedang gembira dengan kehidupannya yang menjaga cucu di rumah.
Alhamdulillah, ayah dah jadi YB (Yang Bersara), sekarang bahagia jaga cucu.
Di ruangan kapsyen, Shakirah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada netizen tersebut kerana meminati ayahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya yang lain turut menyuarakan kerinduan terhadap Abon sambil mendoakan pelawak berusia 61 tahun itu agar sentiasa dikurniakan kesihatan.
Komen netizen









