26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] PU Amin Usap Kepala & Titip Doa Buat Shamsul Ghau Ghau, Netizen Tersentuh – ‘Sebab Itu Penting Bersahabat Dengan Orang Alim’

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti, PU Amin dan PU Rahmat menziarahi pelakon veteran popular, Shamsul Ghau Ghau yang dikejutkan dengan masalah kesihatan akibat serangan strok.

    Artikel Berkaitan: Shamsul Ghau Ghau Perlu Jalani Pembedahan – ‘Kos Prosedur Memerlukan RM25,000’

    MENARIK:  Ally Mukhriz Hanya Imbau Kembali Busana Perkahwinan, Doa Kebahagiaan Ezlisa Loy – ‘I’m Not Bitter At All’

    Artikel Berkaitan: PU Amin Ulas Penularan Konten Paranormal – ‘Kandungan Syirik, Ustaz & Ruqyah Bukan Gajet Halau Hantu’

    Mendoakan Shamsul Ghau Ghau

    " data-video-id="7599279574194605320" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @purahmat_ikhsan

    Kami menziarahi Kekanda kami Pak Su Shamsul Ghau ghau yang diuji serangan Strok. Pak Su penat sangat ni .. rehat yaa pak su .. Nanti kita ngeteh ngeteh yaaaa

    ♬ original sound – Rahmat ikhsan – Rahmat ikhsan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, PU Rahmat dilihat merakam momen PU Amin membaca surah sebagai inisiatif mendoakan pelakon berusia 57 tahun itu.

    Dalam pada itu, PU Rahmat sempat menzahirkan rasa rindu pada Shamsul Ghau Ghau atau mesra dengan panggilan Pak Su untuk segera sihat.

    PU Amin mendoakan Pak Su Shamsul Ghau Ghau di hospital kerana serangan strok.

    Kami menziarahi kekanda kami yang diuji.

    Pak su penat sangat. Rehat ya.

    Nanti kita pergi minum-minum.

    Sahabat yang baik

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyedari kepentingan memiliki sahabat yang berilmu agama agar sentiasa didoakan dalam keadaan diuji masalah kesihatan. Selain itu, warganet turut mendoakan Shamsul Ghau Ghau diberikan kesihatan yang sempurna seperti sedia kala.

    Sumber: TikTok @Rahmat Ikhsan

    The post [VIDEO] PU Amin Usap Kepala & Titip Doa Buat Shamsul Ghau Ghau, Netizen Tersentuh – ‘Sebab Itu Penting Bersahabat Dengan Orang Alim’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah