28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Disihir Selepas Berkahwin – ‘Saya Jumpa Patung Muka Saya Ditanam Depan Rumah’

    Shopee Sale



    Seniwati Fauziah Ahmad Daud mendedahkan pernah disihir selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga dengan aktor Eman Manan.

    Artikel Berkatian: [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Kecewa Dengan Dua Orang Influencers – ‘Kau Menyusahkan Kakak Di Set’

    Rasa lain

    Menerusi perkongsian di podcast X’Klusif, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ogy berkata gangguan aneh itu mula dirasai apabila dia kerap terkena gangguan seperti melihat makhluk halus.

    Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah saya. Masa itu saya beberapa bulan menikahi Eman Manan. Sebab saya selalu nampak benda-benda yang tak sepatutnya saya nampak.

    Dalam proses (disihir) saya dapat rasa berbeza. Rasa malas nak pergi ke kerja. Nampak benda-benda yang tidak sepatutnya. Rasa nak marah tanpa sebab, emosi tidak stabil. Itu yang saya lalui.

    Pertama kali nampak

    Mengulas lanjut, aktres berusia 61 tahun itu berkata apabila keadaan itu berterusan, isteri kepada aktor Datuk Ahmad Tarmimi Siregar datang membantunya dengan memanggil imam masjid.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Berniaga Sebab Suka, Boleh Bantu Orang Lain Juga’ – Siti Nurhaliza

    Jelasnya, imam itu memintanya untuk mencari tujuh masjid dan menunaikan solat sunat taubat untuk menjalani proses pemulihan.

    Imam masjid tu datang rumah saya dia masuk sahaja dia kata ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’.

    Jumpa patung tu, dibalutnya dengan kain kafan dan penuh dengan jarum-jarum.

    Itu kali pertama saya tengok, lepas tu saya dia (imam) buang benda tu. Dia (imam) suruh saya cari tujuh masjid, pergi mandi apa semua dan dia suruh saya buat solat sunat taubat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah