28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nubhan Pilih Sewa Rumah Di Dengkil, Enggan Anak-Anak Lihat Pertengkaran Dengan Dr Afifah

    Shopee Sale

    Rentetan dakwaan memiliki kediaman di Southville, Dengkil, Selangor, penyanyi dan usahawan Nubhan tampil menjelaskan mengenai isu tersebut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wanita Itu Sekampung Dengan Saya, Lebih 20 Tahun Kenal’ – Nubhan Tepis Dakwaan Wujud Orang Ketiga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan

    Demi anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memberitahu bahawa rumah tersebut hanya disewa olehnya dan tidak dibeli seperti yang didakwa sebelum ini.

    Dalam nada sebak, Nubhan berkata, dia mengambil keputusan untuk melangkah keluar daripada kediaman sendiri kerana mahu menjaga emosi anak-anak terutama ketika berlaku perselisihan faham bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

    Saya tak beli rumah itu, saya sewa sahaja.

    Disebabkan atas apa yang berlaku, saya rasa perlu mengasingkan diri.

    Saya tak nak bila bergaduh ia dilihat oleh anak-anak. Saya tak nak anak-anak saya sedih dan tak mahu perkara itu berada di dalam ingatan mereka.

    Saya nak jaga emosi anak-anak. Jadi saya keluar dari rumah itu supaya saya dapat kawal emosi saya dan tak mahu anak-anak rasa tertekan.

    Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman peserta program nyanyian Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Nabila Huda Ingin Kasih Sayang Ayah, Jijik Dengan Panggilan ‘Ibu Tiri’ – ‘Kami Anak Beranak Okay, Perempuan Itu Yang Masalah’

    Jaga hubungan

    Walau bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu tetap berhubung dengan isteri dan anak-anaknya meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.

    Hubungan kami baik, sebab kami tahu anak-anak memerlukan kami.

    Dia pun menjaga anak-anak saya dengan baik, Alhamdulillah.

    Tidak ada perkara-perkara buruk yang berlaku.

    Untuk info, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. 

    Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama. 

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    The post [VIDEO] Nubhan Pilih Sewa Rumah Di Dengkil, Enggan Anak-Anak Lihat Pertengkaran Dengan Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah