Tular sebuah video memaparkan kemesraan pelakon, Keith Foo dan kekasihnya, Riena Diana hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana ‘Awkward’ Ludah Muka Walid – ‘Seronok Berlakon Dengan Abang Faizal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keith Foo Akui Jatuh Cinta Dengan Kecantikan Riena Diana – ‘Itu Fakta Bukan Auta’
Jaga batas

Menerusi muat naik di TikTok, video tersebut menunjukkan pasangan kekasih itu mesra berpelukan sambil merakam momen manis bersama.
Sweet, pasangan hangat bercinta untuk tahun ini.
Video berdurasi kurang daripada 60 saat itu meraih perhatian netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan pasangan kekasih itu menunjukkan keakraban mereka secara terangan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen menasihatkan supaya Riena dan Keith menjaga batas pergaulan selagi belum berkahwin.
Dalam pada itu, netizen turut berharap pasangan yang sedang hangat bercinta itu segera menamatkan zaman bujang masing-masing.
Hal ini kerana perbuatan menayangkan kemesraan adalah tidak manis khusus buat Riena yang beragama Islam.
‘Cepat kahwin’


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Netizen Nasihat Keith Foo & Riena Diana Jaga Batas Selagi Belum Nikah first appeared on OHBULAN!.





