31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Agar tiada tuduhan sakau’ – Zahid setuju siasat pengurusan TH lepas 2017

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas di bawahnya bagi menjalankan siasatan terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh selepas 2017 hingga kini.

    Ahmad Zahid berkata siasatan itu penting bagi memperjelas perkara yang berlaku selepas 2017 berdasarkan fakta dan realiti, sekali gus dapat membantu membetulkan persepsi masyarakat berhubung isu pengurusan serta tadbir urus TH.

    Beliau berkata cadangan itu dikemukakan secara tidak formal oleh beberapa Ahli Parlimen yang hadir pada forum “Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji” pada Musyawarah Nasional yang bertujuan mengupas dan memperjelas aspek tadbir urus serta pengurusan TH, khususnya perkara yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.

    “Pada hemat saya, perkara ini ialah satu saranan yang harus diikuti agar tidak ada tuduhan ‘penyakauan’, sebaliknya sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) yang jelas memperlihatkan bahawa sijil bersih telah dikeluarkan menunjukkan pengauditan yang dilakukan terhadap TH itu berdasarkan aktanya, dan Akta Tabung Haji 1995 menyebut bahawa badan audit yang harus melakukan pengauditan ialah Jabatan Audit Negara.

    MENARIK:  Pilihan raya umum Britain pada 4 Julai - PM Sunak

    “Inilah yang harus dilihat oleh PAC agar duduk perkara ini dapat membetulkan persepsi dan berdasarkan realiti yang mahu diketahui oleh khalayak umum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri musyawarah itu di Kuala Lumpur, hari ini.

    Ditanya sama ada setiap resolusi pada Musyawarah Nasional akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet, Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak perlu.

    “Saya tidak fikir perkara ini perlu dibawa ke Kabinet kerana forum ini ialah forum penjelasan dan pada hemat saya, perkara yang disarankan secara tidak formal tadi oleh Ahli-Ahli Parlimen harus diberi keutamaan, terutamanya PAC harus menubuhkan badan penyiasat di bawah tanggungjawab PAC sendiri. Langkah ini lebih afdal berbanding pendekatan lain,” katanya.

    Mengulas cadangan penubuhan RCI baharu untuk menyiasat pengurusan TH selepas 2017 hingga kini, Ahmad Zahid berkata PAC lebih sesuai menjalankan siasatan itu kerana mempunyai bidang kuasa yang jelas untuk berbuat demikian.

    “Saya fikir PAC lebih sesuai untuk melakukan penyiasatan kerana jawatankuasa itu mempunyai locus standi yang tercatat dalam tugas dan tanggungjawab PAC itu sendiri,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah