Pelakon Hazman Al Idrus meluahkan rasa terkilan apabila kontroversi yang mendakwa dirinya melakonkan babak ritual Hindu turut mengheret nama baik keluarganya.
Hazman Al Idrus terkilan keluarga dikecam

Ketika ditemui , Hazman berkata dia tidak kisah jika dirinya dikecam, namun tidak boleh menerima apabila keluarganya turut menjadi sasaran.
Saya tak kisah orang kecam saya. Saya tak suka mereka sentuh keluarga saya. Sebab mereka persoalkan macam mana keluarga didik saya.
Jangan libatkan keluarga, mereka membesarkan saya dengan cukup bagus, cukup adab.
Menurut Hazman, didikan yang diterapkan keluarganya sejak kecil membentuk dirinya untuk membezakan tindakan yang baik dan wajar dilakukan atau sebaliknya.
Saya kalau orang cakap pasal saya, saya tak kisah. Saya diajar oleh keluarga dan saya boleh bezakan mana yang sepatutnya dan mana yang tak perlu langsung nak buat.
Jangan sampai nak kecam. Kalau ada rasa tak suka, saya faham, tapi jangan cepat menghukum keluarga. Tak eloklah.
Oleh itu, Hazman berharap agar orang ramai tidak terburu-buru menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.
Saya memang tak buat ritual itu. Pengarah ada tanya kepada saya mengenai babak itu dan saya berterus terang dan katakan saya memang tak boleh buat.
Jadi kami berbincang dan akhirnya saya lakukan mana yang boleh sahaja. Saya pun istighfar banyak kali. Saya tidak akan melakukan sesuatu di yang melanggar hukum Islam.
Dalam perkembangan lain, Hazman turut membintangi filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun) bersama-sama pelakon iaitu Asmara Abigail, Fabian Loo, Brett Tutor dan ramai lagi.
Filem bertaraf antarabangsa itu diedarkan oleh MSK Cinemas Sdn. Bhd. dan diterbitkan dengan kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures serta Viking Sunset Studios akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos ini.
The post ‘Saya Tak Kisah Dikecam Tapi Jangan Sentuh Keluarga Saya’ – Hazman Al Idrus first appeared on OHBULAN!.





