27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah tolak lucut hak RM21 juta milik Aman Palestin

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang berjumlah RM21 juta termasuk mata wang asing AS$139,650.68 yang dibekukan atas nama syarikat Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

    Permohonan itu turut melibatkan jongkong emas seberat satu kilogram yang disita sebelum ini.

    Hakim Latifah Mohd Tahar (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu selepas meneliti dan mendengar hujahan bertulis serta lisan pihak pendakwaan dan responden, iaitu Aman Palestin.

    Pendakwaan memohon perintah pelucuthakan 12 akaun bank pada 15 Nov 2024 di bawah Subseksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

    Bagaimanapun, Latifah dalam penghakimannya berkata pemohon gagal membuktikan bahawa wang dalam kesemua akaun dan emas berkenaan adalah perlakuan salah atau hasil aktiviti haram.

    Beliau berkata mahkamah berpandangan bahawa jika benar terdapat penyelewengan dan perlanggaran tugas fidusiari oleh pengarah syarikat semasa wang itu dikeluarkan untuk pelaburan, liabiliti tanggungan adalah terhadap individu dan tidak sepatutnya melibatkan responden.

    “Secara kesimpulannya, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang terdapat dalam akaun-akaun bank responden serta pembelian jongkong emas tersebut adalah perlakuan yang salah di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA atau hasil daripada aktiviti haram dan tidak dapat dikaitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 403 serta 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

    MENARIK:  Perolehan projek tentera: SPRM gagalkan cubaan larikan wang tunai RM2.4 juta

    Pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan, kemudian memohon supaya pelaksanaan perintah mahkamah itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan dan Latifah menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan semula bagi permohonan penangguhan tersebut di hadapan hakim lain.

    Aman Palestin diwakili peguam Hisyam Teh Pok Teik dan Zamani Ibrahim.

    Pada 15 Feb 2024, tiga individu termasuk Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin ketika itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu serta pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta dana milik badan berkenaan antara 2018 dan 2023.

    Abdullah Zaik Abdul Rahman, 60, dan Awang Suffian Awang Piut, 54, serta pengarah syarikat pelaburan Khairudin Mohd Ali, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Anita Harun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah