29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN

    Shopee Sale

    Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama dengan BN termasuk agihan kerusi pada PRN Melaka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Dia yang juga Pengeruso PH berkata Amirudin diamanahkan untuk meneliti perkara tersebut.

    "Kita dah beri amanah kepada Amir (Amirudin) untuk memperincikan (hal itu)," kata Anwar kepada media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun di Serdang, hari ini.

    Anwar berkata demikian ketika ditanya tentang laporan bahawa pertemuannya dengan Amirudin –yang juga Menteri Besar Selangor – turut membincangkan soal pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

    Bagaimanapun, Anwar menjelaskan pertemuan itu hanyalah berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma), dan bukannya soal politik.

    MENARIK:  Motosikal dirempuh kereta, 3 pelajar UITM Dungun maut

    "Saya jumpa Menteri Besar Selangor mengenai Sukma. Masa sukan, mana ada masa (untuk) politik," katanya.

    Ditanya tentang ruang kerjasama antara parti politik pada PRN Melaka, Anwar berkata kerjasama ialah perkara penting bukan sahaja dalam kehidupan, tetapi juga dalam pentadbiran.

    "Ruang kerjasama … dalam hidup ini mesti bekerjasama. Ini semua kerjasama," katanya ringkas.

    Semalam, Pengarah Komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan Amirudin sudah bertemu dengan Anwar, Ahad lalu.

    Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Jawatankuasa Pilihan Raya PH akan membincangkan potensi kerjasama dengan BN bagi PRN Melaka.

    Dia menambah jawatankuasa itu dipimpin oleh Amirudin dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah