29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming menitipkan pesanan kepada pempengaruh, Farah Dina supaya bijak dalam mengurus perniagaan, kewangan serta perancangan kerjayanya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’

    Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Mula Buat Perancangan Untuk Pelancaran Produk Tahun Depan’ – Khairul Aming

    Khairul Aming nasihat Farah Dina

    View on Threads

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming berkata, dia mahu melihat Farah mampu mengekalkan momentum dan tidak sekadar meraih populariti dalam tempoh singkat.

    Saya nak Farah boleh sustain lama. Benda ni saya dah tengok terlalu ramai orang yang naik, lepas tu dia hilang menjunam.

    Jadi pesanan saya sementara Farah tengah naik sekarang ini, susunlah perniagaan, matlamat, kewangan dan perancangan supaya boleh bertahan lama.

    Menurutnya, Farah juga tidak seharusnya melakukan segala urusan seorang diri sehingga terlalu penat dan hilang fokus terhadap perancangan jangka panjang.

    Kalau penat berniaga, jangan buat seorang-seorang. Kalau terlalu penat, nanti awak tak fokus dan tak boleh fikir matlamat untuk tahun depan atau dua tahun akan datang.

    Ambil peluang ini untuk susun betul-betul kerjaya. Kita tak nak one-hit viral, kita nak boleh sustain lama.

    Kalau KA boleh bertahan 10 tahun, Farah pun boleh bertahan lama. Tapi kena susun elok-elok kerjaya itu.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Itu Hanya Majlis Resepsi, Bukan Upacara Agama Lain’

    The post [VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah