32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ziana Zain Sebak Arwah Ayah & Ibu Tak Sempat Lihat Momen Terima Gelaran Datuk

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ziana Zain meluahkan rasa syukur selepas menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

    Artikel Berkaitan: Ziana Zain Kini Bergelar Datuk, Terima Darjah Kebesaran Melaka

    Gembira tapi sebak

    Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan kedua ibu bapanya, Allahyarham Zin Abdullah dan Robiah Abdul tidak berkesempatan menyaksikan detik bersejarah itu.

    Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. Selepas lebih 30 tahun berjuang dalam bidang seni, saya diberi penghormatan ini.

    Ada orang kata anugerah ini atas jasa bakti, tetapi bagi saya, menghiburkan semua peminat adalah tanggungjawab saya. Saya rasa sedih juga sebab kedua-dua ibu bapa saya tidak dapat lihat.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah itu mengakui dirinya masih memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan gelaran baharu tersebut.

    Di mana pun saya berada, saya tetap akan bawa nama Melaka. Di mana saya dilahirkan, di situ bumi dipijak. Mungkin ambil masa nak biasakan, rasa macam mimpi pun ada. Tetap rasa bersyukur.

    Ziana antara 189 penerima yang dianugerahkan D.P.S.M. pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

    MENARIK:  [VIDEO] Linda Hashim Mengaku Sudah Empat Bulan Tak Sebumbung, Beego Boleh Jumpa Anak-Anak – ‘Saya Tak Pernah Halang’

    Istiadat berkenaan berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Melaka, pada Isnin.

    Terdahulu, bapa Ziana meninggal dunia pada 26 Ogos tahun lalu, manakala ibunya pula menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat bulan kemudian.

    Sumber: Kosmo

    The post Ziana Zain Sebak Arwah Ayah & Ibu Tak Sempat Lihat Momen Terima Gelaran Datuk first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah