34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terima Kasih Rakyat Malaysia! Dana RM200,000 Untuk Maryam Arsyifa Berjaya Dikumpul, Bakal Ke China Jalani Pembedahan Hati

    Shopee Sale

    Dana sebanyak RM200,000 bagi menampung kos rawatan kanak-kanak berusia dua tahun bernama Maryam Arsyifa yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Maryam Arsyifa Perlukan RM200,000 Jalani Pembedahan Hati, Ayah Jadi Penderma

    Rakyat Malaysia prihatin

    Menerusi perkongsian di TikTok Nadi Permata Malaysia, kutipan tersebut berjaya mencapai sasaran selepas kisah Maryam mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

    Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan luar biasa daripada semua, dana pembedahan adik Maryam telah mencukupi dan kutipan rasmi kini ditutup.

    Terima kasih kepada semua yang sudi membantu, berkongsi kisah Maryam, tinggalkan komen, tag kawan-kawan dan tak pernah putus mendoakan Maryam.

    Menerusi perkongsian sama, Maryam kini dalam persiapan untuk dibawa ke China bagi menjalani pembedahan hati dalam masa terdekat.

    Sekarang, kami sedang berusaha untuk membawa Maryam ke China secepat mungkin sementara proses dokumentasi dan kelulusan rasmi masih berjalan.

    Mohon terus titipkan doa buat Maryam. Semoga perjalanan Maryam dipermudahkan, urusan keluarga dilancarkan dan Maryam terus diberi kekuatan.

    Dalam pada itu, mana-mana individu yang masih ingin menghulurkan bantuan secara terus kepada keluarga Maryam boleh menghubungi ibunya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Jika masih ada yang ingin memberikan sumbangan secara terus kepada keluarga Maryam, boleh DM ibu Maryam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Maryam. Setiap doa, perkongsian dan sokongan kalian sangat bermakna buat keluarga Maryam.

    Terdahulu, kisah Maryam mendapat perhatian ramai apabila kanak-kanak itu memerlukan dana RM200,000 bagi menampung kos pembedahan hati.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz Tumpang Gembira Pertunangan Syed Saddiq & Bella Astillah – ‘Saya Doa Mereka Terus Kekal Bahagia’

    Lebih menyentuh hati, bapa kandung Maryam bakal menjadi penderma hati bagi membolehkan anaknya menjalani prosedur berkenaan.

    Sumber: TikTok

    The post Terima Kasih Rakyat Malaysia! Dana RM200,000 Untuk Maryam Arsyifa Berjaya Dikumpul, Bakal Ke China Jalani Pembedahan Hati first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah