29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes tanah P Pinang: Reman pengerusi agensi k’jaan, pengarah syarikat disambung

    Shopee Sale

    Tempoh reman pengerusi agensi kerajaan dan pengarah syarikat bergelar Datuk disambung tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah di Pulau Pinang membabitkan kerugian RM1.96 juta.

    Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 40-an dan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah SH Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di George Town hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Khamis lepas, SPRM menahan lima individu terdiri daripada pengerusi agensi kerajaan, dua pengarah syarikat, pengurus teknikal dan kerani wanita ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu sebelum direman empat hari mulai Jumaat lepas.

    MENARIK:  Carta & Graf Belanjawan 2025

    Bagaimanapun, tiga daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan.

    Pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menyalahgunakan kedudukannya ketika memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah milik agensi di bawah sebuah kementerian di Seberang Perai Selatan pada 2015.

    Tanah berkenaan dipercayai dijual kepada sebuah syarikat milik sekutunya pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah