Hantaran usahawan dan personaliti media sosial, Christy Ng, menyorot perhatian apabila mendedahkan pelbagai barangan keluarannya dijual secara versi tiruan di China.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Beg Tangan & RM30 Terselamat Dalam Kebakaran, Wanita Terharu Terima Bantuan Christy Ng – ‘Kita Tak Pernah Sangka..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Hantar LOD Kepada Individu Didakwa Cemar Nama Syarikat – ‘Saya Bukan Orang Yang Suka Menindas’
Barang copy-ori
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Christy atau nama sebenarnya Christina Mei Mei Ng, 37, dilihat mengunjungi beberapa premis di China yang dipercayai menjual barangan tiruan menggunakan jenamanya.
Difahamkan, produk tiruan itu menjadi permintaan paling tinggi buat pembeli di Indonesia dan Malaysia.
Di China pun ada beg palsu kita. Korang beli di sini, lepas itu datang ke kedai kita minta tukar.
Mati saya.
Mereka cakap ramai permintaan daripada Indonesia dan Malaysia.
Kenapa nak beli palsu? Sedangkan kalau anda semua tambah sikit lagi, dah dapat yang original.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat barangan keluaran Christy Ng sememangnya dijual pada harga berpatutan sekali gus tidak perlu mendapatkan versi tiruan.
Sumber: TikTok @Christy Ng
The post [VIDEO] ‘Kenapa Beli Palsu? Kalau Tambah Sikit, Dapat Original’ – Christy Ng first appeared on OHBULAN!.



– Christy Ng 

