Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menafikan dakwaan bahawa dia kini mengurangkan penglibatan dalam industri hiburan kerana sudah memiliki kehidupan yang mewah dari segi kewangan.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akui ‘Kaki Karaoke’ – ‘Tempat Nak Menjerit & Berangan Macam AJL… Boleh Nyanyi Lagu Ziana Zain’
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Ulas Isu Juara Pertandingan Tak Semestinya Popular – ‘Aura Bukan Sesuatu Boleh Dibeli’
Nabila Razali nafi pilih ‘job’ sebab dah kaya

Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 33, sebaliknya mengakui dia kini lebih menghargai kehidupan yang dimilikinya, terutama selepas bergelar seorang ibu.
Alhamdulillah dengan apa yang saya ada sekarang, saya gembira. Bukan saya bercakap tentang kebendaan sahaja. Bila dah berkahwin dan mempunyai anak, itu satu rezeki yang besar buat saya.
Lagu-lagu pun masih berkumandang dan orang masih menerima saya dalam industri. Saya anggap semua itu adalah satu kekayaan.
Jadi, kalau orang kata saya memilih kerana sudah kaya-raya dari segi wang, saya tak rasa macam tu pun.
Nabila berkata demikian ketika ditemui di Sesi Tayangan Khas filem animasi Pelangi Di Mars di GSC Mid Valley pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Nabila berkata kini memilih untuk lebih fokus terhadap perkara yang benar-benar diminatinya serta mengetahui batas kemampuan diri.
Kita kena tahu kekuatan sendiri dan tahu bila masanya untuk berhenti. Jangan kita teruskan atau kejar semua benda, sampaikan apa yang kita betul-betul suka tu kita terlepas.
Itu yang sedang saya lakukan sekarang dan saya harap apa yang saya tengah usahakan ini semua orang akan nampak nanti.
Dalam perkembangan lain, Nabila Razali turut terlibat dalam filem Pelangi Di Mars menerusi dendangan lagu tema rasmi (OST) versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Warnai Pelangi’.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 September ini.
The post [VIDEO] Nabila Razali Nafi Dakwaan Kurangkan Berlakon Sebab Dah Kaya first appeared on OHBULAN!.





