29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki terlibat provokasi sambutan Hari Kebangsaan diminta hadir ke IPD Putrajaya

    Shopee Sale

    Polis meminta seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya di Putrajaya semalam supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

    Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.

    “Pihak polis telah mengesan video dimuat naik di Facebook melalui URL oleh pemilik akaun “Anwar Captain Goose” yang berdurasi dua minit 18 saat.

    Video itu memaparkan seorang lelaki Melayu berbaju oren atau coklat dipercayai telah membuat provokasi serta merempuh serta menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan menyebabkan beberapa individu terjatuh.

    MENARIK:  FOTO ESEI: 'Syukur ada baju raya baru'

    “Kejadian ini dipercayai berlaku semalam (31 Ogos) kira-kita pukul 5.00 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Aidi Sham turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

    Tular di beberapa platform media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah