29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami banyak persamaan’ – Pemimpin Bersatu jumpa Muda

    Shopee Sale

    Ketika Bersatu dilihat dipinggirkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), pemimpinnya hari ini mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi parti Muda.

    Perkembangan itu dikongsikan Setiausaha Agung Bersatu Mohamed Azmin Ali.

    Dalam hantaran di Facebook, Azmin berkata perbincangan mereka hari ini tertumpu kepada usaha untuk membangunkan politik nilai dan politik yang membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia.

    “Saya menyambut baik pandangan daripada pimpinan Muda untuk membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya.

    Pertemuan itu turut disertai tiga naib presiden Bersatu, Radzi Jidin; Ahmad Faizal Azumu dan Nolee Ashilin Mohammad Radzi.

    Menurut Azmin, kedua-dua parti yang relatif muda dan segar itu mempunyai banyak persamaan, khususnya dari segi prinsip perjuangan yang sederhana, progresif serta prihatin terhadap rakyat.

    MENARIK:  Lelaki hilang lepas lori terhumban ke laut ditemukan lemas

    Tambahnya, pertemuan itu juga memberi tumpuan kepada usaha membentuk pendekatan politik yang berteraskan nilai serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

    Perkembangan terbaru ini hadir ketika Bersatu kini dilihat "dipinggirkan" dalam Perikatan Nasional (PN).

    Pada 17 Jul lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memaklumkan parti itu akan membentuk gabungan baru “yang lebih hebat” selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

    Gabungan itu, kata Muhyiddin, antara lain akan turut membabitkan parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah