31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kael Kembali Dengan Single ‘Senyum’, Bawa Mesej Tentang Bangkit & Kebahagiaan

    Shopee Sale

    Penyanyi Kael kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi karya terbaharu berjudul Senyum yang mengetengahkan mesej positif mengenai keberanian untuk bangkit dan memilih kebahagiaan dalam kehidupan.

    Artikel Berkaitan: Kael Nafi Pilih Islam Kerana Perkahwinan, Pasang Niat Dalami Agama Sejak Empat Tahun Lalu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kael Lamar Kekasih, Cincin Berlian 2 Karat Jadi Saksi Cinta – ‘Saya Sudah Mohon Restu Keluarganya’

    Karya terbaharu

    Diterbitkan di bawah Alternate Records, lagu Senyum menggabungkan elemen Pop dan R&B sekali gus menampilkan sisi baharu Kael menerusi penyampaian vokal yang lebih santai, segar dan sarat dengan emosi.

    Menariknya, Senyum merupakan hasil kolaborasi kreatif Kael bersama Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman yang terlibat dalam proses penciptaan lagu berkenaan.

    Dari aspek muzik pula, karya ini memperlihatkan transisi Kael dalam mengetengahkan karakter vokalnya dengan pendekatan yang lebih bersahaja namun masih mengekalkan penekanan terhadap emosi dan penghayatan.

    Menurut Kael, antara cabaran utama dalam menghasilkan Senyum adalah memastikan karya tersebut mampu memberikan rasa ‘healing’ kepada pendengar.

    Menerusi Senyum, Kael berharap lagu tersebut dapat menjadi dorongan buat mereka yang sedang berdepan rutin harian yang melelahkan dan memberi ruang kepada diri sendiri dan kembali bangkit.

    Senyum turut menyelitkan persoalan reflektif seperti ‘What Makes You Smile?, How Do You Smile?, dan What’s The Meaning Behind Your Smile?’ bagi mengingatkan masyarakat bahawa setiap senyuman membawa cerita dan makna yang berbeza.

    Bagi Kael, kesukaran atau kesenangan yang dilalui dalam kehidupan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencipta kebahagiaan.

    Susah atau senang, suka atau tidak, duka atau tawar, kita masih mampu memberi peluang kepada diri kita untuk mencipta kebahagiaan. Kerana kadangkala, sebuah permulaan baru boleh bermula hanya dengan sebuah senyuman.

    Justeru, Senyum diharap dapat menjadi satu peringatan bahawa setiap individu sentiasa mempunyai ruang untuk memulakan kembali perjalanan hidup, walaupun hanya melalui satu langkah kecil.

    MENARIK:  Ikmal Amry Kenang Jasa Baik Aedy Ashraf – ‘Aku Menangis, Dia Selit RM50 Bawah Dompet’

    Lagu Senyum kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama termasuk Spotify dan Apple Music.

    The post Kael Kembali Dengan Single ‘Senyum’, Bawa Mesej Tentang Bangkit & Kebahagiaan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah