31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Kejayaan Bukan Sekadar Apa Yang Kita Miliki’ – Intan Ladyana Pilih Seimbangkan Dunia, Akhirat

    Shopee Sale

    Setiap individu mempunyai ukuran tersendiri dalam menentukan makna sebuah kejayaan. Ada yang melihat pencapaian kerjaya dan kemewahan sebagai simbol keberhasilan, manakala ada juga yang lebih mengutamakan ketenangan serta keseimbangan dalam kehidupan.

    Bagi pelakon Intan Ladyana, semakin meningkat usia membuatkan perspektifnya terhadap kejayaan turut berubah apabila kini lebih memilih untuk mengejar keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat.

    Artikel Berkaitan: Intan Ladyana & Harris Alif Tak Terima Tawaran Lakonan Serentak – ‘Seorang Kerja, Seorang Lagi Perlu Ada Di Rumah’

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Masih Dipanggil Nama Watak Sampai Hari Ini, Intan Ladyana Terharu Peminat Tak Lupa Filem ‘Adnan Sempit’ & ‘Bini-Biniku Gangster’

    Seimbang Dunia Akhirat

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Intan berkongsi pandangannya mengenai definisi kejayaan serta cara setiap individu meraikan hasil usaha mereka.

    Ukuran kejayaan pada saya adalah apabila kita dapat seimbangkan dunia dan akhirat. Umur pun dah meningkat, saya pun dah ke arah yang lebih baik.

    Tak Selesa Kongsi Kemewahan

    Dalam pada itu, Intan mengakui dirinya sejak dahulu bukanlah seorang yang gemar berkongsi secara terbuka mengenai gaya hidup peribadi termasuk destinasi yang dikunjungi mahupun barangan mewah yang dimiliki.

    Dari dulu lagi saya tak pernah berkongsi saya pergi ke mana, beli barang-barang mewah atau sebagainya,” ujarnya.

    Bagaimanapun, Intan tidak melihat tindakan individu lain yang memilih untuk berkongsi kejayaan atau kemewahan mereka di media sosial sebagai sesuatu yang semestinya bertujuan menunjuk-nunjuk.

    MENARIK:  [VIDEO] Pendakwah Bebas ‘Salute’ Fattah Amin, Tetap Jaga Maruah Bekas Isteri – ‘Dengan Begitu Gentleman Dia Mempertahankan’

    Sebaliknya, aktres itu percaya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meraikan pencapaian selepas bekerja keras.

    Pada saya orang lain berkongsi mungkin untuk kebahagiaan mereka. Contohnya kejayaan mereka.

    Setengah orang mungkin fikir hanya nak menunjuk, tapi sebenarnya dia hanya nak berkongsi dah bekerja penat dan itu adalah ‘reward’ dia.

    View this post on Instagram

    A post shared by INTAN LADYANA 🇵🇸 (@intanladyana)

    Setiap Orang Ada Cara Raikan Kejayaan

    Pandangan Intan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa perkongsian mengenai kejayaan di media sosial tidak semestinya perlu dilihat daripada sudut negatif.

    Ada kalanya, perkara yang dianggap sebagai satu bentuk kemewahan oleh orang lain sebenarnya merupakan simbol penghargaan seseorang terhadap usaha dan perjalanan yang telah dilaluinya.

    Pada masa sama, Intan sendiri memilih pendekatan lebih sederhana dan privasi apabila tidak terlalu menjadikan kehidupan peribadinya sebagai bahan perkongsian kepada umum.

    Buat Intan, kejayaan akhirnya bukan hanya tentang apa yang mampu dimiliki atau ditunjukkan kepada orang ramai, tetapi bagaimana seseorang itu mampu membina kehidupan yang lebih seimbang seiring dengan kematangan diri.

    The post POV XTRA: ‘Kejayaan Bukan Sekadar Apa Yang Kita Miliki’ – Intan Ladyana Pilih Seimbangkan Dunia, Akhirat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah