Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa menggesa supaya serangan Israel di Gaza dan keganasan di Tebing Barat dihentikan, lapor Anadolu Ajansi.
“Di Gaza, gencatan senjata mesti dihormati,” kata Guterres ketika berucap pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Bishkek, Kyrgyzstan.
Beliau turut menggesa supaya halangan terhadap bantuan kemanusiaan segera dihapuskan.
Beliau juga berkata “serangan peneroka dan peluasan penempatan mesti dihentikan” di Tebing Barat yang diduduki.
Guterres berkata keamanan berkekalan memerlukan penyelesaian dua negara, dengan Israel dan Palestin hidup berdampingan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.
“Saya merayu agar semua pihak mengamalkan kawalan diri pada tahap maksimum serta menghormati perjanjian dan undang-undang antarabangsa,” kata Guterres.





